Tuesday, 1 August 2017

36 bulan

Semalam anniversary wedding weols yang ke 3. Aku punya plan mmg nak buat buat lupa,  end up aku kena game teruk bahahaha. 

Gi kerja semalam siap pakai blusher la konon2 kot laki ajak lunch ke apa ke bahaha (expectation guys pheww)  tapi haramm.  Start 12am aku tunggu je suami wish dulu, tapi sampai pagi, sampai masuk office,  sampai masuk kereta time balik tu, even seketul whatsapp pun tak ado.  Jangan tanya expectation aku kat atas,  aku panggg nanti boo. Sobs sobs.  Aku syak suami lupa,  aku pun sengaja buat lupa tapi hati tak tertahan dah tak penyabo haha. 

Dalam kereta "awak lupaaa ke nii? " Dia jawab "apa? Tak lupa la japgi nak gi bla bla" wehh i tanya benda lain dia gi jawab benda lain.  Aku tanya lagi "lupa betul betul ke ni... Tarikh hari ni?? " Dia sengeh,  ishh tak lupa katanya. "kan semalam saya masuk bilik awak dh ckp happy anniversary,  sy dah jwb awk kan? " ehh masa bila aku wish.. Dia tanya lagi "ke awk ngigau? " bahahaha mungkin kot sampai terngigau tunggu laki wish.  Blergh 😱

Ok setakat tu je.  "nak singgah mana mana tak bungkus makanan? " Dalam hatiku mendidih jee woii apa bungkus bungkus ni takmau ke gi celebrate makan makan.  Hati dah panas,  dia tanya lagi "chicken chop nak? " laju aku jawab taknakk.  Ok kita balik order pizza delivery eh.  Kau rasaaa??  Apa patut aku rasa.  Huwaa. Sampai rumah je dia terus mengadap magnet dia tu,  dia tak tau isteri magnet rezeki kot *eh tetiba* haha.  Dan aku start ignore him sebab aku fikir oh alangkah masamnya 3 tahun kahwin dia buat tak peduli kat aku?  Manakah indah yang duluuuu.  Sendu je.  Kah.  Aku naik atas japgi dia nyendeng tanya kenapa kenapa sorry iols malas layan.  Pastu lepas maghrib dia cakap nak keluar jap eh,  tapau makanan, hantar barang kot sbb aku tgk dia bz sgt.  Dalam hati dah cakap ehh boleh suami ni tinggalkan aku macam gini je?  Betul la kahwin tu kejap je seronok bahaha setan mula merasuk.  Dulu tak dapat lagi kemain whatsapp tiap masa sekarang dah jd bini hari kita dua pun kau lupakan sobs sobs whatsapp lagi la,  tinggalkan iols dengan blue tick tu biasa guys,  takpun jadi medium nak bgtau "jom balik" je setiap hari.  We ols contacts everyday guys,  that jom balik part.  *mata keatas*

Lama dia keluar, dia ada whatsapp suruh tunggu jap,  tengah tapau makanan.  Aku ignore je.  Sampai rumah je dia letak makanan,masa tu aku dh tido pun depan tv tapi still sedar dia balik.  Lepas tu dia keluar semula,  masuk rumah bawa kek nyanyi lagu happy birthday to you.  Bahahah kau rasa?  Aku nak gelak tapi sakit hati tu sombong tu bersisa lagi,  Danisy je yang excited tolong tiupkan lilin hahhaa pastu aku sambung buat bodo.  Suami dah nampak lain macam masa tu.  Krik krik.  Dia makan depan tv sorang sorang sbb aku taknak makan,  pastu dengar dia bebel sorang sorang "macam patung je,  buat semua benda tak kena" haishh start dahhh.  Aku sebenarnya nak at least dia wish tu anje anje kat whatsapp pun cukup dh.  Bukan nak kek bagai pun.  Ralat sket je tapi being me rajuk aku panjang dan dia tak boleh aku merajuk, panas hatinya membuak buak sebab dia fikir dh buat macam macam aku still membongak hahha.  Lariii naik atas pun kena marah kahkah padan muka iols.  Kalau mati masa tido malam tadi neraka straight i go,  derhaka sangat ngan laki hahaha. 

Pagi ni pulak aku tak bersiap nak g kerja sebab pengasuh demam,  dia buat derk je selamba kejutkan anak nak hantar gi school.  Bahaha mesti ingat aku saje saje malas gi kerja.  Lepas cakap pengasuh demam baru dia gi kerja,  masam je mukanya, salam pastu aku tak bagi kiss,  tak payah kiss la tak ikhlas.  Bahaha puaka tak isteri macam ni?  Haha jahat gila.  Haru langkah suami gi kerja adoii 😂

Dia balik tengahari just now,  beli pampers ngn susu anak sebab aku cakap nak keluar sendiri dia tak bagi.  Haha. Dia duk kemas barang dia nak pos aku gi nyendeng polokk sikit,  rimas la tgk muka masam sgt.  Minta maaf siap siap,  aku cakap mende expectation aku dengan mende aku dapat hahaha.  Dia kata itu memang plan dia,  buat buat lupa,  tapi taktau sampai jadi gaduh bahaha.  Memang plan dia buat aku rasa being ignored, ciss.  Rasakan gaduh di anniversary.  Tanya sayang ke tak nasib baik jawab sayang.  Haha beranii?  Aku cakap ke dia ok la lepas ni hari apa apa pun kita buat gini la tak payah wish langsung so i have no expectations gtu haha.  Yeke pempuan ni😱

Dia keluar jap pastu bawak masuk satu paper bag,  nah hadiah awak,  nak bagi semalam tapi plan semua lari.  Kau rasaa?  Bertubi tubi batu bata atas pale aku hahaha.  Adoii aku taknak hadiah,  nak awak ingat jeeee tarikh tu erghh tapi dah alang alang bagi,  kecil tapak tangan, tapak tangan gorila i tadahkan. Thank you husband,  awak memang diluar jangkaan.  Huhu

Sekian drama 36 bulan weols.  Terukkan aku?  Haha ampun ya wahai suami.

Sempena 36 bulan ni saya doakan rumahtangga kita utuh,  harmoni, kukuh dan sebagainya.  Sebagai isteri, saya akan kurangkan merajuk hahaha.  Suami mmg minta dua benda je ngan aku setiap kali,  kurangkan merajuk, layan dia elok elok.  Layanan yang tak elok nak tak nak tu jadi time merajuk je so puncanya kat sini rajuk iols la.  Bahahaha.  Ok la i try,  tapi sebagai suami jangan la lupa nk ngorat bini awak ni selalu k.  Ni whatsapp sehari pun tak,  keluar lunch sesama tapi makan sorang sorang ops.  Hahaha

Happy 3rd Anniversary husband,  thank you and sorry for everything. 

Love,
Wife

No comments: