Saturday, 22 April 2017

Kuku kaki terkopek

Hari Sabtu lepas kuku ibu jari kaki aku terkopek macam pintu, sebelah boleh buka sebelah lagi sangkut sikit. Pakej dengan kulit tersiat sikit hahaha. Sebab? Aku angkat dan seret magnet sheet suami yang gila berat tu pastu nak angkat lagi sekali dia tersangkut kuku maka duhhh terjadi la peristiwa itu. Mula mula rasa kebas tapi aku pandang kuku dh terbukak darah pun start memenuhi ruang tapi tak banyak la ye. Rasa nak melompat sebab mula rasa sakit pastu terus gi mandi. Siap mandi aku whatsapp suami kata kuku terkopek dia kata sabar jap dia on the way balik kerja. Pheww.

Suami balik je dia pegang kaki aku pastu i dh start nak nangis sebab sakit pastu suami terperanjat gila tengok teruk kuku aku jadinya dia ingat sikit sajoo. Haha. Dia kata kita letak handsaplast bagi kuku ngn kulit bertemu semula. Euww. Dia ajak ke klinik aku tak nak yee, takut hahaha. Hari Ahad pun macam tu jugak sakit kakinya pastu Isnin gi kerja macam biasa tapi sekejap2 ada air meleleh kat kuku sana. Suami kata air bisa, tp banyak so dia decide kita g klinik la gituuu.

Tgahari kitorang gi klinik, doktor minta tengok kaki aku terus dia cakap "ni kena cabut ni,teruk takut nanti infections bla bla" aku nangis lagi depan doktor bahaha. Taknakk cabut aku takuttttt. Doktor suruh baring, lapik kaki dengan kain dia whatevs. Suami duk pegang pipi aku cakap sabarr tak sakit. Pastu doktor bius 3 tempat kat kaki tu, sakit bius tu oi. Aku ambil tangan suami aku gigit bahahha. Walau dah bius aku macam boleh rasa dia tarik kuku tu tapi tak rasa sakit la just aku gerun huwaaaa. Menangis sepanjang prosedur nail avulsion tu ye hahaha. Lepas tu sapu ubat luka then doktor balut. Dia pelawa aku bawak balik kuku tu memang tak la aku nak. Pandang pun tak nak. Takuiiitttt. Pastu terus hilang sengal2 kaki tu semua. Makan antibiotik dan ubat tahan sakit. Mc dua hari yuhuuu😁😁

Mula2 seronok sebab tak sakit dah tetiba bius hilang mula la berdenyut2 kaki iols. Hahaha. Suami pegang dahi aku katanya aku diam je ingat dah demam sebab sakit. Melampau nau. Hahah. Esoknya gi cuci luka pastu dua hari lepas tu g cuci lagi. Huahua. Hari ni suppose kena g lagi tapi aku macam malas. Japgi aku nak buka balutan ni pastu bersihkan luka sendiri. Macam berani je pompuan ni haha.

Aku cakap kat suami sakit beranak tak macam ni setitik air mata pun tak keluar, sakit kuku terkopek ni menangis meraung aku hahaha.

Lepas ni Sabtu aku dah malas nak beria kemas rumah alih barang tu barang ni. Hahhaa. Tapi kalau dah nak kena tu kena la jugak kan. Huhu. Berhuhuhu je la. Hari ni seminggu dah ok sikit kot, japgi aku nk cek. Hihi.

Bye!

No comments: