Tuesday, 14 March 2017

Cuti maternity panjang

Sehari lewat period aku dah menggelabah. Siap ajak suami gi Guardian beli pregnancy test. Hahaha. Risau je kalau second pregnancy pun saat aku tak berapa nak ready. We both actually bahahahaha. Tapi tapi bila cakap ngan suami pun dia jawab "kalau ada pun tak apa laa, Danisy dah besar kann"

Ehhh apakah?? Zass zass senang pulak tukar fikiran. Ternyata sehari selepas tu aunty red datang. Not pregnant guys, pheww 😅 Belum lagi, Danisy pun belum graduated breastfeeding. Blergh. Kasi i rehat jap lepas Danisy grad nanti hahahah. Pastu baru kita fikirkan nak besarkan family, inshaallah.

Hari tu ada cakap dengan suami, Maybank offer setahun cuti for maternity, tujuan is untuk fokus dengan anak. 3 bulan full gaji, another extended 3 bulan dengan setengah gaji dan 6 bulan bakinya tanpa gaji. Gitu. Bak kata suami, its actually a fair game pun. Sekarang kan banyak company reduce employees, offer early retirement kan so this MAYBE one of Maybank's strategy to reduce cost.

Suami bagi contoh, katakan sorang tu gaji RM1000.

3 bulan cuti bersalin full gaji = RM1000 x 3
3 bulan setengah gaji = RM500 x 3
6 bulan tanpa gaji = no cost incurred
Total = RM4500

So dorang hanya keluarkan RM4500 instead of paying RM12,000 (setahun) per employees.  Itu suami aku dengan aku punya pendapat la. Tapiii, sebenarnya bagus Maybank ambil langkah macam ni, mak boleh fokus dekat anak setahun terus. Tak ado pening fikir nak hantar baby 3 bulan ke pengasuh. Huhu.

Aku ada baca, Sweden pun bagi 56weeks maternity leave to their employees at 80% their gaji. Ni best! Hahahha. Pastu Netflix pulak provide unlimited paid leave to both ibu dan ayah for the first year of baby birth. Huhu. Pernah tengok jugak adik Dr Halina cakap dorang kat Dublin maternity leave is 6 bulan. Wow. Tapi aku tak kaji sangat ok, tau tau macam tu je. Hahahahha

So actually depends kat kita la kan, nak apply panjang mana cuti. Dah nak cuti lama sangat kang bos kasi cuti terus. Hahahaha naya.

Uishh bahasa rojak semua atas tu, maaf ya. Nak letak tajuk apa pun tak tau entry gini hahaha.

Nanti lah borak lagi, tido jap!

Bye 😄😄

No comments: