Tuesday, 7 March 2017

5 sebab kenapa aku nak jadi surirumah

Bahahaha kemain lagi entry pertama tahun ini. Aku set target, Danisy start schooling je memang i am full time housewife. emm ada lebih kurang 5 tahun lagi nak fikir kot? alahai lama sangat tu..mmmm

Banyak sebab ya kenapa aku nak stay kat rumah. Selalu la aku bagitau cita cita ni kat laki lepas tu dia pun macam sokong, suruh fikirkan sesuatu, bussiness dari rumah. At least aku tak duduk saja katanya. I memang failed bab bisnes, belum sampai seru la kot. So ni antara sebab aku nak jadi housewife :

1. Nak fokus anak
Kau bayangkan, hari hari aku hantar Danisy ke BS start pukul 8, jemput pukul 6.30 petang ye. Dah 10 jam setengah anak aku sorang ni kat tangan orang lain. Aku selalu cakap ngan suami, masa Danisy banyak dengan orang lain, dia boleh jawab aku mengarut, sebab katanya Danisy lebih masa la dengan kita, cuba totalkan.Erkk. Danisy balik rumah, makan main kejap pastu bedtime. Hello suami macam tu awak kata dia lebih masa dengan kita? huwaa. Tahu je dah pagi, angkat anak masuk kereta gi hantar BS lagi. Kadang terlepas pandang tau, anak belajar benda baru dengan BS dia, bukan dengan aku. Rasa bersalah, so aku nekad, Danisy sekolah aku start duk rumah, waiting him from school, so tak ada dia kena transit umah BS lagi. Mari berhuhuhu sini ye.

2. Fokus rumahtangga
Bahahaha, aku balik rumah untuk masak je, menyapu tu aku buat 3 kali seminggu je kot? menyampah dengan diri sendiri tak sempat kemas rumah elok elok. Fasa sekarang Danisy akan selerakkan mainan 20 kali sehari, kadang aku biar je. Penat kemas. Lantak sana. Belum kira baju tak berlipat, laundry malam lepas tu lupa sidai. Adoi sangat, tapi so far belum lagi suami i pergi kerja pakai baju busuk, ataupun tak jumpa seluar dalam ke ape. Hahahaha. Eh ada lagi, dah la masak bekal anak hari hari, kelam kabut tau, pagi2 aku bangun paling awal, last last aku jugak yang last dan lambat, barang anak barang aku barang laki. Hemmm. Tu kadang kadang jadi bad day uols. Ergh

3. Menyampah
Hahhaha ni bongok sikit reason ya, aku kerja sekarang rasa tak ikhlas tau. Kerja banyak semua asyik kejar kejar. Kau fikir aku robot? Kadang saje aku buat bodoh sebab aku penat. Melayan orang, penat la jadi kuli, aku nak jadi boss sendiri. hahhaha. Hari ni aku halfday, anak demam. Dari pagi lagi aku dah rasa si Danisy ni panas, tapi sebab aku tau kerja aku belum siap, aku cakap ngan suami, nak masuk kerja settlekan mana2 yg belum, kalau perlu aku nak balik jaga anak demam. So BS whatsapp kata suhu anak naik, aku dah la duk fikir dari pagi, nah datang dah bendanya. Cakap nak halfday je beria suruh aku buat itu buat ini. Panas je hati aku menjawab "anak sakit pun tak boleh cuti ke?" uihh bagi berdesing sikit, baru reti nak sorry kat aku. Kerja boleh cari, aku tak heran, anak aku kau nak ganti?? Uihh marah. Lantak, aku biar je kerja tak siap. Mampus la macam tu, xpayah cuti la i ni, hambakan diri kat kerja. erghhh sakit jiwo.

4. Kurang gaduh laki bini
Aku ngan suami kerja tempat sama, just lain department, xjumpa pun kadang tu. Cumanyaaa, ada time yang aku rasa letih sangat, nak bercakap pun malas. Suami i tak boleh orang sunyi sepi ni mula la resah gelisah lepas tu nak marah la pasal apa tak bercakap hahaha. Jadi perng dingin. Kadang sebab aku penat kerja jugak la aku emo, marah suami, lawan dia. hahaha. Balik kerja dia dah boleh rehat, aku tak duduk terus ke dapur, mandikan anak cebok anak hm hmm. Prepare makan. Kadang kalau dia tak layan Danisy, aku marah la. Kerjasama sikit. Ada time suami yang buat hal, balik kerja menung je. Rupanya serabut kepala bla bla. Tapi tak layan aku. Jadi satu isu pulak, bertekak la apa lagi. Hari aku tak kerja aku siap sambut dia balik salam comtangan semua, sampai dia kata aku buang tabiat. hahhahaha nampak tak beza hari kerja dengan tak kerja? Kah

5. Sebab aku nak la!
Tu la, sebab aku nak. Tapi aku nak ada income sendiri at the same time, tengah fikir nak buat apa. Suami prefer aku baking, foodbase. Hmm takpela, kan aku ada 5 tahun lagi nak fikir? hahahhaha
nanti nanti fikir ya, sekarang fikir nak iron baju mana pi kerja esok. stress teruk hahha!


Bye :)

No comments: