Monday, 19 December 2016

Tukwan

Hari Sabtu aku dah pesan dekat suami, lepas kerja kita terus ke Kuantan, melawat tukwan (mak Umi) sakit. Tangguh nak ke sana dari minggu lepas, so lepas Umi update condition tukwan, aku nekad kena balik juga Sabtu.
Dalam pukul 2 macam tu gerak ke Kuantan, pukul 5 kot baru sampai. Dah hujan, aku tidur je ngan Danisy, suami drive sorang2 takde peneman. Huahua.

Cerita Umi, lebih kurang 3/4 minggu lepas tukwan start sakit. Memula katanya kaki terlanggar tiles, jatuh. Lepas tu, tukwan dah start tak ingat cucu2 dia, kurang bercakap. Tapi masa ni still boleh jalan. Lepas tu tak pasti la macam mana rupanya tukwan kena strok kecil. Mak saudara cakap, masa dia jatuh langgar tiles tu dia dah kena tapi tak ada yang perasan sebab mulut tak herot, cuma bahagian kanan badan kurang berfungsi.

Suatu tahap, takboleh gerak dah anggota kanan semua so adik beradik Umi bawak ke hospital. Masa tu tukwan sedar lagi, tapi dah cakap merapu la. Buat scan semua pastu doktor cakap ada tumor belakang kepala tukwan. Tumor tu yang dah himpit saraf kanan whatever then anggota kanan dia lumpuh. Itu cerita yang aku faham la. Umi sempat jaga tukwam dua tiga hari kat hospital. Nak buat operation doktor tak sarankan, sebab faktor usia plus tukwan ada darah tinggi la etc etc. Lepas tu bawak balik rumah. Doktor bagi jangka hayat tukwan lagi 8 bulan.

Sebelum weekend haritu keadaan tukwan teruk, anggota kiri pun takleh gerak dah, pak sedara bawak tukwan ke hospital semula. Doktor bagi cadangan nak guna machine nak itu nak ini tapi pak sedara reject semua cadangan doktor. So doktor cakap macam tu kita tak boleh buat apa la kena bawak dia balik.

Aku sampai rumah tukwan petang Sabtu tu, sebak tengok tukwan. Terbaring, ada tiub masuk melalui hidung, untuk masukkan susu dan ubat. Mata dia pun tak boleh bukak langsung. Dengar bernafas pun kuat, sambil mulut ternganga je. Allahu. Sedih, aku tahan. Aku fikir selama mana tukwan kena lalui ni. Ada tak chance dia bangun semula hidup normal. Aku amik Danisy, cakap ngan dia "Tengok Danisy, ni Nyang, dia sakit" Aku bawak tangan Danisy, usap tangan Nyang. Danisy senyum, lari lepas tu datang balik usap tangan Nyang. Anak anak tukwan silih ganti baca yaasin, aku bendera pulak time tu, xdapat nak baca.

Hari Ahad, Umi Abah pun plan nak balik Tganu sekejap, nak amik baju settlekan itu ini pastu nak datang balik. Aku pun cakap kat suami kita gerak balik japgi bila Umi Abah balik. Sambil tunggu tu, tak putus orang datang melawat Tukwan, aku duk luar bilik, bagi chance orang masuk tengok dia. Tengah duduk aku dengar mak sedara kalut panggil adik beradik dia, panggil Abah aku. "Cepat cepat mak dah tenat" aku pun ikut sama ke bilik. Aku jenguk, dah xdengar nafas tukwan. Mulut dah tertutup sambil aku tengok dada dia turun naik, masa tu pak sedara dah mengucap tepi telinga dia. Sebak. Tahu2 je dada tukwan dah berhenti berombak, tenang, diam. Pak sedara tanya Abah, dah pergi ke mak? Abah pegang nadi Tukwan, abah cakap "kalau ikut kita ni dah, tapi kena call orang kesihatan untuk sahkan" masa ni Umi dah nangis semua dah nangis. Ya Allah aku tengok Tukwan pergi. Mudahnya. Alhamdulillah. *sekarang nangis lagi*

Aku cium dahi Tukwan lepas tu, masih panas. Bila dah sahkan kematian Tukwan, 11.15 pagi masa tu. Terus panggil orang masjid nak kebumi lepas Zohor. Segalanya mudah dan cepat, lepas Zohor je jenazah bawak ke masjid, lepas tu kebumikan.

Selesai. Aku terfikir, tenangnya saat dia pergi. Aku balik nak melawat dia sakit, tak sangka dia meninggal hari yang sama jugak. Mujur aku nekad nak jenguk dia, kalau tak ralat la rasa kalau tak sempat tengok dia semasa masih bernyawa. Walau tak buka mata sekalipun.

Arwah Tukwan ni tuk guru mengaji kat Felda tempat dia tinggal, seorang nenek yang baik. Tukwan dah join arwah Tokki ngan Makde. Alfatihah. Semoga syurga tempatmu.

No comments: