Wednesday, 19 October 2016

Sauna Belt

So i have a BIG mission-to muat all my anak dara baju hahahha mesti faham kannn. Aku try satu baju kurung moden semalam yang time belum kahwin aku pakai elok je siap ada ruang semalam pakai still boleh sarung tapi. Tapi. Sangkut kat montot bahahhaha. Pastu ruang takde sangat. Booo. Dengan nekadnya (insha allah) aku nak control makan hahah. Adik ipar pun turun 5kg ahhh i cannottt. Kena jugak. Wajib.

Semalam belek 11th street, pastu jumpa Sauna Belt ni harga dia RM99 pastu diskaun pulak RM88. Kau rasa? Hahah RM11 je pun dah alang alang aku tengah gedik nak kurus ni so aku beli je. Hahha hari ni terus sampai. Bagitau suami kata aku beli ni pastu bercinta menunggu dia reply whatsapp i guysss (after 2 years of marriage uhuk. Sad) pastu dia kata okey la nanti pakai pastu zumba. Oh ya aku dh start zumba menggedik sorang sorang kat rumah sambil bukak youtube bahahha. Nak bagi peluh keluar sikit huhu.

Makan pun aku try reduce, banyak minum air masak makan nasi segenggam sambil nangis hahha pastu pekakkan telinga dengan kawan kawan menganjing aku konon diet hahaha. Suami pun sibuk paksa aku makan banyak. Malas layan, sampai sudah la aku gemok. Haha. Aku aim 5kg loss je, pastu dapat balik berat asal aku hahaha. Bukan berat lepas spm la (61kg).

Semoga cepat kurus, inspired pulok tengok body orang cantik je halus je ramping je hahaha.

No comments: