Sunday, 18 September 2016

Kampung sick

Minggu lepas cuti raya haji aku terdampar kat sini. Minggu ni also long holiday aku still kat sini. Berhuhuhu je la. 2 3 hari ni memang aku badmood, teringat kampung, umi abah adik adik. Tambah pulak sekarang musim hujan lagi la aku rindu nk menikmati suasana sejuk di kampung. Huwwwwaaaaa homesickk.

Apakan daya, dah kahwin plus dah beranak, semua kena ikut ketua keluarga la. Walaupun malam raya hari tu aku drama sikit sebab nak balik huhu. Suami ajak aku balik last minute sebab tahu aku nak balik sangat kot, tapi hmmm. Hmm is hmm je la kan, ada adik ipar lagi kat rumah, which is memang MIL cakap kalau weols tak balik adik ipar nak tumpang. Huhu. Mereput la sini, lagipun plan hujung bulan memang nak balik kampung tapiiii orang lain raya pun balik hujung bulan pun balik. Apa ada hal. Kalau Danisy dah besar sikit aku heret je naik bas hahahha. Takpela nanti la. Next year ke.

Dah la kawan aku buat ayat psiko. Balik la raya next year mana tau dah tak sempat raya ngan parents, haaa menyesal. Nak lempang je kawan aku tu. Aku sedapkan hati, raya haji je. Huahua. Padahal bila bagitau parents aku kata aku tak balik Umi punya respons mcm hmm hmm gtu je bahahahha. Maafkan i umi. Kalau balik pun tak balik lama kan pastu kena gilir2 lagi pastu gaduh. Baik tak payah balik. Dah la tahun ni xdapat daging korban pun, huhu semangat suami gi join org korban tapi dia tengok je la pasal takde pisau potong daging whatevs maka thats why kot kitorang xdapat daging korban bahahha. Kesiannn. Dah la tak balik, raya tak rasa, daging korban pun nan hado. Boooo.

Rasa tak sabar tunggu end of this month, aku nak balik nak stay rumah Umi i je, malas ke rumah mertua hahahhaa boleh? Tapi the sad part is balik ni untuk hantar Danisy duk kampung sebab BS dia bak bersalin bulan 10. Adui banyak hal betul. Cakap pasal BS mmg banyak hal sekarang asyik je cuti aku malas fikir. Nanti lepas dia ada anak kecik lagi la cuti kot. Aku malas fikir lagi kalau nak hantar Danisy g taska ke playschool ke cheh macam kayooo den ghaso nak hantar anak gi playschool. Bahahhaha. Lepas ni rindu anak la pulak kat kampung, get monetary ready la nak balik every week, suami kata. Hahha. I sanggup ok. Huahua.

Just now baru je tetiba tersedak urat pinggang, terus sakit nak duduk susah nak bangun susah nak tegakkan badan pun susah. Dahh kena macam haritu la ni. Nak g farmasi beli methylcobol la seksa lahai. Ni nak baring je tak mau bangun bangun, nasib Danisy tengah tido kalau tak masak la dia ajak main macam2. Huhu. Fikir camne japgi aku nk rukuk sujud untuk zohor. Hewhew

Wehhh. Nak balik kampunggg. Umi cakap abah jatuh tergelincir atas kayu masa melawat kebun sawit beliau, pastu jalan hincut hincut. Hmm adik aku yang kat Sarawak sana pun nak balik on the spot haritu tapi Umi kata abah ok la, tahu kan abah camne. Ohhh rindu dorang. Jumpa Oktober k.

Oktober datang cepat sikit please. Bye

No comments: