Wednesday, 21 September 2016

Berat Hati

I was thinking so harddd about hantar Danisy balik kampung sebab BS dia nak bersalin. Hmmmm

Danisy dah besar ni, dah reti mana Mami marah mana Mami ok, dia sangat menyenangkan. Aku masak dia main sorang, suruh mandi laju2 masuk bilik air siap bawak besen dia mainan semua angkut masuk bilik air, haritu sekali cinonet tu dia kidnap phone aku nak masuk bilik air jugak, nasib perasan. Hahah. Dia dah faham simple instructions, learning so well for now alhamdulillah. Haritu bukak pampers dia pastu aku tak terus buang so dia ambik kebetulan suami nampak, suami kata gi buang dalam bakul sampah sana. Tapi dia menonong masuk bilik, selak pintu pastu buang pampers dalam bakul belakang pintu. Haha. Memang situ tempat aku kumpul pampers dia. Kitorang laki bini impress kot, tak sangka hahaha.

Dia dah besar sangat rasanya, cepat masa berlalu. Seronok tengok dia depan mata. Huhu. Pagi pagi sekarang dah la pandai berlakon, kejut nak hantar gi school (BS) dia buat buat lena pastu japgi Daddy geletek dia senyum lah. Mata pejam ok. Senyum siap nampak gigi. Pesen apa tah. Kalau dia buat derk jugak kitorang cakap je "bye bye mami daddy nak gi work dahh" automatik bangun nangis. Bahahhaha. Tengok la perangai dia.

Kalau kitorang solat, dia tengok je. Selalu ngan suami dia tengok la, japgi part doa suami tarik dia atas riba pastu tadahkan tangan dia sekali. Dah siap doa dia sapu tangan kat hidung, konon2 amin. Hahah. Tapi kalau aku solat dia peluk peluk siap. Erghh sabar je la. Orang belum doa dia dah doa dulu, aku ajar bismillahirrahmanirrahim je pastu dia terus amin. Alahai. Danisy cepat tangkap, aku perhati je. Now tengah ajar dia simple words, Mami Daddy dah boleh dah, ayam, roti, baju, buku, ball. Boleh dah sebut sebijik sebijik, haritu tengok dia ikut number song dekat youtube. Aku kagum jap, "citt, benn, ekk" ingatkan sebut apa. Six, seven, eight. Terus aku berhenti dari apa aku tengah buat masa tu, ngadap song tu sama sama dia.

Huwaaa aku sedih ni fikir nak berjauhan ngan dia. Even i know he will be in safe hands. Hmmm.

Pasni cemana aku bangun tido nk kiss mulut masham dia, peluk2 dak kecik tu. Takpun dia yang bangun dulu korek2 mata hidung mulut aku. Hahahahha

Alaaaa Mami macam berat hati ni Daddy. Help me T_T

No comments: