Wednesday, 20 July 2016

Daddy & Danisy

Oh hai, selamat hari raya! Haha :)

Kisahnya semalam BS Danisy tetiba emergency pulak half day, hari sebelumnya aku dah cuti sebab Danisy demam, so suami decide dia yang jaga Danisy. Aku krik krik je la. Lepas je hantar aku gi kerja, suami bawak Danisy gi bank, settlekan urusan dia. Aku dah fikir dah ni kalau bawak anak gi bank ni cemano tah dia nak isi form bla bla. Huhu. Dah la Danisy pakai baju tido je, seluar lain baju lain pulak tu, since pagi tu aku tukarkan diapers dia, plus tak perasan BS dah whatsapp kata dia ada emergency so aku tak bajet la nak siapkan anak cantik cantik. Huhu.

Dalam pukul 11 pagi aku call suami, dia kata baru balik dari bank, terus letak Danisy dalam buai sebab dah tantrum. Aku pesan, mandikan dulu sebab dah lewat, baru dia turunkan si anak dari buai pastu gi mandikan pastu dia letak balik dalam buai. Haha pastu dia paksa Danisy tido while he's busy preparing himself Maggi goreng.

Pukul 12 Danisy dah bangun ye, lapar la kot. Sebab bekal makanan Danisy semua dalam beg which is beg tu dalam kereta. Adoi. Dia bagi anak makan biskut je. Si Danisy dah la pemakan nasi yang tegar kot, sian anak aku tu. Hahah. Lantak la makan biskut asalkan Daddy kenyang dah makan Maggi. Bahaha. Boleh pulak lepas tu dia tertidur pastu Danisy main sorang sorang, siap suakan Daddy dia biskut. Hahha. Ni semua suami la yang cerita.

Lepas suami dah bangun tu, dia bau something. Danisy yak, so dia kata ke aku plan nak hantar anak macam tu je, tapi fikir fikir tak boleh jadi, kena basuh yak dulu, mandi. Gituu. Pas mandi dia tak jumpa cari baju anak pulak. Tak reti nak matchkan baju mana seluar mana last last dia amik sleeping suit yang dah ketat ye. Aku tak sempat asing lagi. Adoiii. Redha je Danisy pakai baju ketat. Hahaha i takde gambar pulak. Balik kerja tu dia tunjukkan gambar diapers Danisy koyak masa dia pakaikan pastu dorang gelak sama sama. Adoii. Lepas tu dia hantar anak gi BS.

Petang macam biasa la aku akan jemput Danisy dari rumah BS. Time aku gi tu Danisy tengah tido pastu si BS bercerita.

Datang je tengahari dia tanya suami, sapa jaga Danisy? Oh suami aku dengan berlagaknya jawab "Daddy Danisy la jaga" hahhaha. BS dah nak tergelak tengok Danisy pakai baju ketat, pastu masuk rumah dia tanya pada Danisy kalau dah makan. Danisy macam faham, dia geleng. Pastu tanya dah susu ke, Danisy angguk. Hahahha. Pastu dia bukak baju ketat Danisy tu laju je anak aku melulu masuk bilik air, panas ke apa haha. Habis mandi dia suapkan nasi, habis separuh nasi bekal Danisy tu dia makan. Allah. Laparnya awak nakk. Hahahha. BS cakap alahai kesiannya Danisy duk ngan Daddy sampai lapar macam ni. Lepas dah makan tu dia tido je, bangun jap minum susu pastu sambung tido. Penat sangat gayanya. Hahha

Aku tanya suami, selain biskut Danisy makan apa. Dia kata makan nugget. Erk. Susu buat tak? Lupaa tak buat. Iskk. Suami suami. Padan la Danisy lapar macam apa dah. Suami boleh gelak pastu cakap ngan Danisy "haha padan muka kena buli ngan daddy"

Wehhh aku tak tau la nk hempuk ke nak gelak. Dengan BS pun aku dah gelak kemain, dia pun cakap kalau laki jaga anak macam ni la, laki dia anak dah lima pun if anak berak still jerit2 panggil bini suruh basahkan. Kahkah

Moralnya, mami takkan tinggal Danisy bersendirian ngan Daddy lagi. Hahhaha. Sian manja mami. Aduhai suami, belum cukup pandai uruskan anak. Baru sorang. Hahah

Bye

BS : Baby sitter

No comments: