Thursday, 26 May 2016

Luahan hati mak mak

*entry panjang sebab gian lama xblogging haha*

Sejak sejak jadi mak ni memang perasan aku jadi lebih sabar. Kahkah. Bayangkan weh, semalam adalah malam ketiga Danisy tido tak nyenyak. Tak pasti la kenapa, semalam lepas aku gosok gosok perut dia baru la tetiba dia terlena. Lahaii sakit perut kot. Ikutkan masa tu aku dah ngantuk gila, tapi tetiba rasa kesian la kat anak, dia tak tido takkan aku nak tido kot huhu.

Malam sebelumnya dia tido pukul 2 pagi weh, kehulu kehilir nak main, macam ngantuk tapi dia bising je bila baring jap terlentang jap mengiring sudahnya bangun jalan. Hahhaha. Cite dia minggu ni memang tido aku tak indah langsung, ngantuk kot mata letih je ni. Sabar je la. Huhu

Nak marah tak jadi marah sebab tengok his cheeky smile alahai meltingnyaa mami nak. Tak jadi marah. Tengok dia jalan kedek kedek tu buat aku geram, ade gak time dia merengek rengek tak tido, aku peluk kuat kuat sedut muka dia pastu japgi dia gigit hidung aku. Hahha.

Sabar banyak bila ada anak ni, ngan tido tak cukup, ngan penat kerja, penat kerja rumah lagi, belum lagi cerita semalam aku baru masuk bilik air nak mandi sepuluh saat. Tak ada maknanya nak bertapa dalam bilik air lama lama. Telinga pasang je nak dengar anak buat apa kat luar. Tiba tiba dengar nangis jerit jerit. Laju laju keluar bilik air tengok dia dah meniarap kat lantai tak tau la jatuh macam mana. Takpela mami tak mandi pun takpe, layan dia, main ngn dia je la. Huhu.

Kita masak kat dapur dia pun masak jugak. Read:sepahkan perkakas dapur mami. Kita menyapu, dia pun pegang penyapu jugak lagi satu. Mami sapu depan dia tolak balik sampah ke belakang, mami solat dia datang peluk belakang main cak cak, kadang bawak mainan dia duk atas sejadah masa mami tengah solat. Mampu nak marah? Mami kemas barang mainan dia tak sampai 5 saat dh selerak balik. Huwaaa. Kadang kadang aku iron baju pun tak habis. Dah la jenis aku jenis yang buat kerja kena sekali harung siap, kalau tak aku jadi geram, tapi sebab anak, aku korbankan prinsip tu. Huhu

Banyak benda baru aku belajar sejak ada anak ni. Semua benda aku letak tepi dulu, anak jadi first priority, main ngan dia, sembang ngan dia peluk cium dia selalu. Huhu. Bukan lama pun dia kecik, japgi tup tup dah besar mami cium pun dia taknak pastu dah sekolah masuk asrama bla bla. Masa ni je anak makan aku suapkan, nanti dah besar mana nak macam tu dah. Eh mami emo. Huwaaa. Kadang kan kalau aku nak masak aku nak cuci pinggan ke aku terpaksa pasangkan video kartun ke dia, to drag his attention la. Rasa gak bersalah bagi anak tengok video je, supposed i be there sing with him huhu. Nak tido je aku letak buai, dodoi sendiri. Takde aku biarkan dia tidur sendiri even kat rumah memang pakai buai elektronik tu pun huhu. Bila lagi nak bonding ngan anak. Huhu

Pernah satu malam aku ajak suami gi mamak sebab nak makan naan tandoori kan, tengah makan tu dia tantrum pulak, laju laju la makan since dia dah buat hal aku taknak dia susahkan orang. Susahkan mami takpela. Hehe. Salah timing, waktu anak tidur kita bawak dia keluar pulak. See, aku belajar benda baru pasal anak every single day. So memang aku takkan bermamak lagi la tengah tengah malam pasni.

Ada time aku duduk sendiri, aku fikir balik. Kenapa Allah bagi aku anak time aku mentally tak ready? Sedangkan orang lain yang dah lebih dari bersedia Allah tak bagi pun. Dulu aku lah paling tak ready, sekarang aku rasa aku paling ready, sebab semua benda pasal Danisy, atas bahu aku. Huhu. Ada hikmah dia, setiap benda yang jadi mesti bersebab. Sekarang Danisy la orang yang paling aku sayang, banyak ajar aku sabar, ajar aku multitasking, buat aku senyum setiap hari. Balik kerja letih letih gi jemput dia kat pengasuh, aku baru bagi salam, dah dengar anak menjerit eksaited dalam rumah sana. Hati mak mana yang tak berbunga. Huhu. Legaa, hilang kejap letih tengok anak. Alhamdulillah, rezeki anak pulak sentiasa ada, sentiasa cukup. Aku sendiri pun kadang hujung bulan still rasa selesa, still boleh ajak family makan luar. Anak ni betul la pembawa rezeki kan. Huhu

Tapi kannn, if tanya aku bila nak tambah anak, krik krik krik aku nak berehat dulu, fokus kat Danisy. Satu je weh, breastfeeding ni PENAT gila. Allah, sabar je tunggu Danisy 2 tahun. Salute kat mak mak fully bf, kat their husbands yang sama2 tungkus lumus sokong wives bf. Pheww. Hebat.

Bye.

No comments: