Monday, 21 March 2016

Pokok Mulberry

Wahahha sekarang ni memang Danisy pantang dengar muzik apa apa, mesti goyang goyang kepala. Tak kira la dia tgh menyusu ke tgh panjat kerusi ke mesti goyang jugak. Lawak je anak ni. Kecuali dengar azan, terus diam macam pasang telinga gitu, semua budak macam tu kan? Huhu

Dah besar ni makin banyak ragam, suara dia dah kalahkan aku, suami kata kuat membebel jugak macam mak dia pfttt. Sekali jerit je rasa terbako telinga ni. Jerit jenis yang nyaring tu, kadang kadang sebab dia nak marah la, lagi plak dapat daddy yang tersangat suka menyakat anak, japgi dia gi gomol si Danisy tu sampai riuh la Balakong ni hahhaha. Orang dah badmood nak nyusu dia boleh gi sakat, memang penampo la makan dia. Kah. Sian Danisy.

Kalau tantrum sekarang senang je aku pujuk, nyanyi lagu didi & friends tu. Sesuatu sangat lagu tu, berhantu. Semua budak pun suka, aku pun dah hafal jugok. Haha. Latest lagu aku hafal yang pokok mulberry tu bahahha. Semalam Danisy tantrum dalam kereta (memang selalu pun bila dalam kereta) aku nyanyi lagu bingo, pastu nyanyi pokok mulberry tu. Sekali ngan suami aku paksa nyanyi jugak. Hahah. So dengan tabahnya suami duk "pusing pusing pokok mulberry pokok mulberry pokok mulberry" sampai ke rumah. Dah la duk ulang part tu je  hahahha sebab part lain dia tak hafal. Bernanah telinga kita wak! Adui. Anak pulak bosan kot dengar hahah. Sabo je lah.

Hari Sabtu dia beria ajak aku gi USJ sana, katanya nak beli kereta mainan Danisy. Advance birthday la dia kata japgi bulan 5 ni dah takde modal hadiah, boleh fokus birthday party. Katanyaaaaaa. Aku tak tau la jadi ke idok birthday party anak dia tu bahahha. Minggu sebelum ti kitorang gi Aeon Big, main kereta sana 10minit RM5. Sebab dia tengok Danisy suka kot, terus decide nak beli. Aku kata takpela nanti nenek ngn aki dia beli, sebab memang pak mertua aku duk aim nak beli dari awal lagi tapi suami cakap takpela beli sendiri sian orang tua. Bahahha. Sejak bila tah laki aku jadi thoughtful gitu, selalu dia la insan paling bersyukur bila nak dapat sponsor. Hahha. Danisy siap clap hands lagi bila tengok Daddy nak beli kereta tu. Alahai anak. Ohh sepatutnya ambik yang boleh letak memory card tu kan, boleh buh lagu didi and friends. Tapi car yang suami beli ni pun ada lagu gak, dah cukup buat anak aku goyang goyang dengar gangnam style la apa la ahhaha.

Boleh ke kalau guna VR Box tu bagi Danisy tengok pokok mulberry dia? Bahahha.

Bye

No comments: