Saturday, 9 January 2016

Lawatan Family Mertua

Baru pagi tadi family mertua aku bertolak balik Terengganu. Dorang duk sini dari hari Rabu malam lagi, pagi tadi baru balik hehe.

Aku tersangatlah tak reti nak masak kalau inlaws datang. Rabu petang tu macam nak ajak suami makan luar tapi dia buat derk je. Menggelabah kejap, badmood terus sebab laki tak mau kerjasama ngan aku. Last last dia kata dia gi beli barang, suruh aku masak nasi ayam. Belasah la. Rushing aku masak, targetnya sebelum dorang sampai aku dah siap semua. Memang tak bercakap la buat kerja sampai suami pun duk kata "relaks la lambat lagi dorang". Oihh aku memang tak boleh nak masak kalau ada orang tengok je nanti, boleh jadi tak tentu arah. Huahuahua. Dorang sampai je aku dah siap semua benda, nasi dah masak, sup dah ready, ayam yang aku perap je belum sempat goreng. Pheww. Tapi takpela goreng ayam je pun. Lega hati. Dapur pun dah bersih, aku tak suka semak semak, lepas masak je terus cuci semua.

MIL tanya masak apa, sebab dorang dah bawal bekal nasi lemak etc etc aku cakap masak nasi ayam je sebab suami request. Hahha. Tapi dorang makan jugak la, adik ipar aku sampai bertambah, MIL & FIL makan jugak tapi sempat ajar aku tips jugak buat nasi jadi lagi sedap, letak bawang putih katanyaa, tapi aku ikut resipi Umi aku, tak suka bawang putih mihihi. Pagi esoknya pun dorang habiskan nasi ayam aku, walaupun tak cakap sedap ke apa. Kahkah. Lantak la.

Esoknya hari Khamis dorang gi ambil adik ipar aku yang kat UTeM Melaka sana, so aku balik kerja petang tu rumah memang dah fullhouse la. Lagi sekali mati akal nak masak apa, tapi aku dah bajet awal awal malas masak, aku nak ngelat ajak suami beli makanan kat pasar malam je hahah. Tu pun suami duk kata ayam udang sotong dia beli semalam kan banyak, masak je la. Hoihhh malas. So malam tu aku tapau makanan pasar malam je. Sebab dah sah sah kalau aku masak nanti adik ipar aku tolong tolong tengok je aku masak. Segan la. Huahua. Family mak sedara pun ada sekali, dah macam buat doa selamat hahah. Banyak jugak la beli makanan pasar malam. Esoknya yang makan nasi tomato semua kena cirit birit. Alahai nasib aku tak makan. Kesian sungguh. Rasa bersalah pulak aku ngan suami. Huhu

Sepatutnya pagi Jumaat tu family mertua aku dah nak balik sebab Sabtu Abah ada meeting nak attend. Tapi suami kata "ohh ingatkan balik esok, kalau balik esok nak tinggal Danisy kat rumah je hari ni" Terus ubah fikiran, balik pagi Sabtu sebab nak main ngan cucu. Bahahha. Wehh rumah aku ni dah sesak dengan mainan Danisy, Aki ngan Nenek tu sebelum datang sini dah menyinggah banyak tempat beli mainan Danisy. Dengan terowong khemah besar dabak, dengan kereta nya lagi, kalau aku memang tak beli la mainan mahal mahal haha. Kitorang beli mainan anak kedai RM2 je. Abah kata kalau beli yang mahal ni safety, takde screw takde small pieces yang mudah tanggal, BPA free la apa la. Lol. Dashyat betul Aki Nenek hang Danisy. Jimat duit mami dedi hahha. So hari Jumaat memang doranf duk rumah je la ngan Danisy, petang tu baru keluar gi lawat mak sedara yang sakit dekat Batu Caves sana, Danisy pun angkut sekali la haha. Aku balik kerja petang tu aman je siap boleh tidur sebab anak gi jalan ngan Aki Nenek dia. Hahahah peluang emas kot. Kalau tak nak melekattt aje.

Umi request nak makan Ayam Penyet Wong Solo so legaa lagi sekali tak payah masak. Kahkah. Kitorang terus ke Wong Solo Bangi untuk melantak. Umi kata Danisy behave je, boleh culik bawak balik kampung. Banyak kali dah request tapi aku risau hari ni dia bawal balik Ganu esoknya aku terus gi jemput. Heheh. Lagipun adik ipar aku tu sorang cuti sem kan, dia pandai jaga budak, kalau Danisy tu ngan aku takdenya dia nak tido atas riba, ngan Mak Lang dia tu tepuk sikit je lelap sampai 2 jam. Hahhaha. Tapi nantilah, aku takut rindu. Ni pun dah demam, suami cakap anak tinggal kejap ikut Aki Nenek pun dah demam, belum lagi dorang bawak Danisy balik Ganu. Hewhew

sorry ketua meeting nampak kepala je hahahha

Family in laws aku memang dah selalu datang sini, tiap kali datang je macam macam la dibawaknya. Keropok la cili boh la apa la, semua stok senang aku tak payah membeli dah. Kalau kitorang balik sana lagi la, dengan beras semua lengkap lah. Terus tak pergi Mydin sebulan! Kahkah. So pagi pagi tadi pukul 6.30 pagi dorang gerak balik Ganu, tu pun Umi kol suami kata Abah duk merungut dah mula rindu si Danisy. Bahahah. Kalau aku hantar video Danisy kat bapak mertua tu memang dia akan replay je la selalu, video call tu tak payah cite la, tiap tiap malam. Selagi tak sampai 40 minit ataupun selagi Danisy tak menangis selagi tu la tak letak fon. Krem tangan aku ngan suami pegang fon hahah. Tiap kali video call tu jugak la Aki dia duk tayang mainan yang baru dia beli untuk cucu sulung ni sorang.

Haihlahh Danisy, untung la awak.

Bye.

No comments: