Wednesday, 6 January 2016

Bottle Training Danisy

Hai. Sebelum tu lawa dok header baru blog ai? Lotih berjampi kat telinga laki mintak header baru akhirnya dapat jugak. Kehkeh

Sepatutnya post ni dah lamaaaaa dulu aku publish tapi paham la dah jadi mak mak ni busy sangat. Hahah. So ni pengalaman aku train Danisy guna botol susu la. Hehe

Sebab aku kerja private, cuti 2 bulan je la plus aku extend leave sikit, minggu akhir cuti tu baru aku terkial kial ajar si Danisy guna botol susu. Susah jugak sebab dia macam refuse, dah sebelum ni bf je kan tetiba tukar botol terus haru anak aku tu. Itu pun letak susu aku dalam tu, slow slow kena paksa jugak sebab dah nak kerja. Satu benda time aku kalau aku ada dekat dia memang tolak botol tu, so suami suruh gi jauh jauh. Bila duk jauh sikit dari Danisy baru la dia hisap elok. Huhu. First time dia elok menyusu botol time kitorang shopping raya, time tu aku pangku dia plus aku rasa dia dah haus sangat kot aku sua je botol terus laju dia hisap. Sebak sekejap huwaa berkaca kaca mata aku sebab rasa sedih. Suami pandang sambil suruh sabar, bagi anak belajar. Haha. Segala benda aku nangis kalau pasal Danisy ni.

Minggu akhir cuti tu memang aku kena paksa ngan suami, ajar anak tak payah bf, mesti bottle feeding. Dia balik kerja je mesti cek berapa kali aku bottle feeding hari tu. Selalunya aku ngelat la, sebab sian Danisy haha pastu kena marah ngan suami kihkih. Tak sampai hati weh huwaaa.

Nak sesuaikan Danisy dengan botol susu pun satu kerja dah aku try macam macam jenis botol. Kawan suami kata invest sikit takpe, sekarang banyak botol yang puting dia sama dengan mak mak punya. Hahah. Memula kitorang belikan Tomme Tippe botol pertama Danisy la. Bila dah dia macam kurang suka tu aku suruh suami beli Avents. So hantar Danisy gi pengasuh guna botol Avents la. Dah besar sikit tukar puting dia, ikut months & flows kan. Pastu pengasuh kata flows dia laju so aku tukar lagi botol. Duk rumah aku try botol Fiffy yang adik ipar bagi dan botol tu jugak la jadi favourite Danisy sekarang haha. Kalau lah tahu xdela aku beli botol lain tu sekarang buat hiasan je la.

Kat rumah memang banyak botol susu Danisy, pergi pengasuh aku guna 2 botol Fiffy tu sebab puting dia lembut. Kalau jalan aku guna Tupperware Brand, yang tu pun Danisy suka. Tomme Tippe, Avents, NUK (aunty midah bagi) aku simpan dah semua. NUK tu flow laju pulak tunggu besar sikit. Sekarang dah introduce sippy cup dekat Danisy, pastu suami belikan cup yang guna straw tu elok je pandai Danisy sedut. Tapi tak selalu pun guna. Satu hal je Danisy ni, bila menyusu botol memang dia tak pegang sendiri, terkangkang je kaki tangan, botol mesti orang pegangkan, jenuh aku ajar. Esok lusa dah lapan bulan, merangkak bagaikan meluncur, panjat kerusi pun boleh. Nak terkeluar biji mata tengok anak turun naik panjat sofa bed. Iskk.

Kesimpulan dia kalau kerja memang kena ajar anak guna botol, kalau boleh awal lagi jangan macam aku. Hahha. Dah la tu, aku bukan fully bf, sebab aku ingatkan sempat catch stock susu, konon nak start pumping bila dah masuk kerja kan hahhaa. So lepas ni kalau aku nak fully bf, masa dalam pantang tu aku dah pulun buat stok susu. Aduhaii tal habis study rupanya aku ni. Padahal masa pantang tu banyak la masa kalau nak pump pun, dah la anak bukan minum banyak pun masa baby. Hmm lepas ni la lepas ni. Bila anak minum formula milk mula lah sentap, apakah. Hahha.

Tu je la pengalaman aku ajar anak minum susu melalui botol, haru jugak la mula mula dah la dia prefer susu aku je kalau letak botol pun, tak keruan kejap. Tapi dah lama baru serasi ngan formula milk. Maafkan mak nak. Tapi now pun still bf jugak, malam je mesti melekat kat aku. Pffftt.

Oklah, bye. Tak sabar tunggu Danisy jalan.

No comments: