Sunday, 3 January 2016

Awana Condo, Genting Highlands

Sebelum balik kampung hari tu, kitorang laki bini memang dah plan nak berehat dulu sekejap kat Genting. Hehe. So apply cuti awal dua hari la before long weekend-Maulidurrasul & Christmas day hari tu.

Sebab check in pukul 3 petang maka lebih kurang pukul 1 baru gerak gi Genting. Takde rushing pun, isi perut dulu settle itu ini barula jalan. Sampai sana dalam pukul 2 kot, suami terjah reception nak tengok kalau boleh terus check in. Dan memang boleh pun, lagipun tak ramai visitor mungkin sebab weekdays. Huhu. Ingatkan stay dekat hotel/resort tu je rupanya stay dekat Awana Condo, belakang sikit dari hotel dia. Suami tengok current rate dia per night is RM813 kot masa tu, terus terbeliak mata aku haha. Tapi takpela sebab bercuti ni pun superior suami yang tajakan, kita layan je la. Sebab dia member Awana AVRD apa entah. Syukurlah kalau tak memang tak la aku nak burnkan 800++ untuk tidur semata, buat masa ni la. Kahkah. In future who knows kan. Bahhaha.

Masuk bilik je jakun kejap sebab cantik gila Awana Condo ni, padan la mahal. Ada 2 bilik, 1 king size bed, 2 single bed, living room, jakuzi, bilik air lutsinar hahha peti sejuk microwave hairdryer etc etc. Terus campak Danisy atas katil pastu makpak gi berendam jakuzi. Bahahha gurau. Memula suami plan nak bawak Danisy mandi pool dekat hotel sana tapi tengok jakuzi dia pun dah besar gabak so tukar plan, rendam je la si Danisy dalam tu. Tak payah susah payah angkut pelampung gi pool bagai. Settle.

bilik air sexyyyy haha
jakuzi katanyaa
bilik takdo penghuni
king size bed
rv ngan sofa je klasik sikit haha
Dah siap siap mandi, suami ajak gi Genting Strawberry Leisure Farm & Lavender Garden. Masuk kena bayar RM8 untuk dewasa. Boleh la kalau nak jalan jalan ambik gambar tu. Sana ada photographer rama jugak japgi dia offer nak shoot kita so suami memang awal awal cakap ok thanks je la tapi dah masuk lavender garden tu bila dorang offer lagi aku laju laju setuju. Bahaha free shooting tapi japgi kat kedai dorang sana keluar biji mata nak bayar. Gambar 4R sekeping je dah RM20 kot, ke berapa lupa dah. Mintak nak soft copy pun boleh, 10 gambar RM100. Hahaha aku cakap bye bye je la walaupun macam nakkkk je sebab cantik jugak gambar aku ngan Danisy dorang shoot. Bahahha. Suami kata membazir. Hmm. Takpela T__T Guna gambar phone je la. Sobs. Oh sebelum tu kitorang sempat lepak kejap makan aiskrim strawberry, waffles, pastu melilau masuk kedai cenderamata. Situ ada jugak ular sawa la burung yang besar tu kalau berminat boleh bergambar tapi of course la tak free kan, aku pun tak tanya berapa harga hahha. Segala jenis teh yang boleh dapat kat Cameron pun ada jual situ. Hihi. Nak beli strawberry pun boleh, jem semua ada.


Dah keluar dari situ suami ajak cari makanan pulak kat Pekan Goh Tong tu, tapi mostly banyak chinese restaurant je la. Kitorang tapau nasi goreng kampung dekat Restoran Pelangi-kedai mamak. Suami dah study dulu sebelum pergi, so Pelangi ni memang tempat tumpuan pekerja/pelawat beragama islam la. Huhu
Suami tanya kalau aku gi theme park tapi aku kata tak payah la. Ada je shuttle bus disediakan untuk guest Awana tapi aku malas nak pergi sana. Baik balik bilik, lepak dan makan je. Mihmihmih. Sebab dah petang, anak pun dah perangai cantik sebab nak tidur, kitorang terus balik je.

Awana Condo ni bagi aku very private, calm gila pastu sunyi je hahah. Tak ramai pun stay situ, suami tertinggal charger kat kereta berdesup dia gi ambik, pastu kali kedua nak cek kereta dah lock ke belum dia ajak aku ngan Danisy temankan. Bahhaha takut lettew. Tapi serius sunyi la, aku lalu bilik bilik lain nampak ada la yang menyala tapi tu la diam sangat tak meriah macam kita gi hotel lain kan. So malam tu kitorang lepas bilik je, tengok tv pastu makan pastu tidur.

Danisy memang suka la sejuk sejuk calm gitu, pagi tu dia bangun lambat gila, tidur pun tak terusik. Haih la anak, tak tau ngikut perangai demanding sape haha. Kemas kemas barang pastu terus check out. Check out pukul 12 kot, kalau lambat dia cas sejam RM100. Lepas tu terus balik kampung pulak.

Suami kata orang yang nak lari dari kesesakan bandar memang sesuai sangat datang sini, peaceful kot. Tapi kalau kitorang datang lagi nak ajak family la baru meriah sikit. Takdo la nak ke kereta pun berteman bagai. Suami kata, bukan takut la, sunyi sangat tak best.Hahhaha.


Bye

No comments: