Monday, 14 December 2015

Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland

Ni cerita Deepavali lepas. Sebab pengaruh viral kat Facebook pasal tempat ni, kitorang memang awal awal lagi dah set nak gi Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya ni. Tapi bertangguh sampai la Deepavali. Gi pun dah pukul 4 petang, pukul 5 tempat ni tutup. Huhu. Belasah je la sebab dah bosan terperap kat rumah, apa la salahnya bawak si Danisy menghayati alam sket. Bahahhaha.

Sampai sana boleh tahan jugak ramai orang, parking pun nan hado. Jenuh pusing pusing, suami nak parking jauh aku cakap no no jauh gila dah la macam hujan sikit. Sekali lagi pusing dapat la parking dekat sket. Huhu. Turunkan stroller Danisy sebab malas nak dukung, biar dia chill chill duduk dalam tu sambil tengok pemandangan. Tengok hijauu keliling dia.

Masuk dalam, tak payah bayar tiket pun, just kena register, tulis nama. Masuk tu terus je lalu lorong pengembaraan hahha sambil tengok macam pameran jugak la, ada info info pasal flora fauna bla bla bla aku bukan baca pun, glances je pastu jalan laju tengok patung bangau la ikan la. Hahahha. Suami pulak panggil suruh slow sket sebab dia tolak stroller anak. Danisy pulak tak tau la menghayati alam ke tak sebab tengok dia takde perasaan pun hahhaha. Ramai jugak orang hari tu. Dalam tu sejuk no worries, ada air cond so takde la anak meragam. Hahha. Mak pun suka. Kikiki. Ada certain tempat je yang dia pasang projektor, halakan ke siling pastu nampak burung terbang, Danisy pandang je. Pastu ada yang halakan ke lantai, jadi macam sungai banyak ikan, ada butterflies. Seronok la budak budak 3-4 tahun pijak pijak lompat lompat. Aishhh bising gak la. Jalan sampai la ada sign cakap 'pengembaraan tamat' eh? Dalam hati tertanya tanya mana yang viral kat fb tu, yang banyak ikan tu? Hahhaha.

ni haaa maksud aku
Pastu naik lif, ada pusat sumber kat tingkat atas. Dah puas pusing2 atas suami ajak gi tingkat paling bawah pulak. Kat bawah tu ada macam auditorium gitu kot, masuk kejap sebab show dah habis hahahha. Mungkin la dia cerita sejarah Wetland, hahha memandai je la aku. Pastu masuk satu lorong gelap gila, rupanya dalam tu la baru ada yang macam viral kat fb tu, ada banyak ikan atas lantai, gambar je la tapi. Budak budak kemain seronok melompat pijak ikan la apa la tapi ikan ikan tu lekkk je berenang. 

Hahahha dah nama pun gambar je. Danisy lagi la, siap minum susu, tak hairan ikan ke budak budak bising lompat sana sini. Kahkah. Dah siap sebotol susu Danisy habiskan, maka jom la pulang. Suami ajak nyinggah kafe, jangan harap la dah pukul 5 kot, habis dah makanan hahahha. Fasiliti ok la sebab aku nampak ada surau, toilet, cafe. Huhu.
Rasanya tempat gini bawak anak dah besar ok la kot, macam Danisy ni still tak tau apa apa buat derk je. Huahua. Tu pun suami ada hati nak bawak anak gi zoo. Hahha lupakan la dulu, sebab anak tak excited kang bapak je yang over excited jumpa kawan kawan. Hahhahaha.

suka la amik gambar main snappppp jeee huh

Taman Wetland checked! Pastu self reward jap gi Alamanda. Kahkah. Thats how we spend our Deepavali holiday. Bye!

No comments: