Monday, 14 December 2015

Aquaria, KLCC

Birthday Sultan Selangor hari tu kitorang pergi Aquaria KLCC. Dulu dulu sebelum kahwin suami selalu ajak gi tempat tempat gini tapi aku tak suka. Haha macam bazir je. Sekarang dah ada anak ni baru beria nak gi tempat tempat ada binatang  la apa la. Suami pun sama nak ajak Danisy gi zoo, tapi aku cakap hold dulu la sebab dia still tak amaze pun lagi kalau tengok semua tu, tunggu besar sikit je lagi. Hahha.

Sebab aku beli tiket promo, 2 adults RM50 je yo. Pergi tu tak payah beratur terus je gi tukar kat kaunter dia. Hahaha. Dah la ramai gila beratur kalau tak silap sorang RM60 kot. Pheww. Terus masuk sambil sorong stroller anak hahah.

Pergi tu dah petang sempat dengan feeding time ada professional divers dorang duk bagi makan dekat sharks la turtle la tapi aku masa tu tengah menyelusuri tunnel yang banyak banyak ikan tu. Wehh amaze jap tengok ikan pari ikan jerung besar besar berenang atas kepala. Si Danisy steady je suami dukung. Senyum tak masam tak. Takde perasaan betul anak aku. Aku je yang jakunn 'wahhhhh besarnyaa' pastu beria tunjuk kat laki japgi anak duk paling arah lain dah. Bahahhaha.




Macam macam spesis binatang laut aku tengok yang geli geli pun ada hahhaha. Ingatkan Selangor cuti aman la sikit KL tapi rupanyaaa ampunnn penuh orang kot. Cari parking pun dah nangis. Hahaha. Sekejap je la kitorang dalam Aquaria tu, lepas pusing pusing kedai cenderamata tu terus blah sebab perut dah lapar. Hehe. Makan jap pastu rushing balik takut sempat dorang yang balik kerja tu balik jugak. Mati la sangkut dalam jem. Hahahha. Parking 3 jam RM10 kikiki lagi seminit je nak masuk jam ke 4. Bijak betul timing.
Ingat balik tu nak singgah Kenanga tapi sebab anak pun dah tidur nyenyak, sian pulak tengok. Maka balik saja la kami anak beranak. Hahaha

Danisy so far alhamdulillah very behave. Aku takut nak brag kat sini actually takut esok dia la anak paling kuat meragam bila keluar hahhaha. Tapi for now senang sangat kalau keluar dengan budak kecik ni, tak banyak ragam nangis bila lapar je, kadang tahu tahu terlelap dalam stroller dia. Hahha. Lagi satu kalau keluar pun the one yang kena handle anak is my husband la, aku take part bila anak nangis je heehe. So blessed, alhamdulillah. Plus Danisy memang suka kat suami pun, everytime tengok daddy dia je mesti excited walaupun sebenarnya dia clingy gila ngan aku. Hahha. Hilang dari pandangan je terus nangis, padahal tengah main ngan daddy dia kot. Syahdu je. Hahha. Semoga behave sokmo la anak aku tu. Amin. Hahahha

Kan dah melalut cite Aquaria aku. Hahha bye.

No comments: