Monday, 23 November 2015

Teething kot?

Dua tiga hari ni Danisy sangat la manja, sikit sikit nak ek ek ek je. Pantang aku hilang je mesti dia nangis, padahal bapakny ada je kat sebelah pfftt. Pastu selalu merepek 'ba ba ba ba' sorang sorang, air liur meleleh leleh. Aku syak dia ni tengah tak selesa sebab nak tumbuh gigi la kot, ye la Danisy dah nak masuk 7 bulan Disember ni tapi bayang gigi dia belum ada. Hahahha.

Tido malam pun asyik nangis, tapi bukan sebab lapar, aku hulur susu tak mau pulak. Hmm. Sebagai mak yang noob, terus google 'bayi baru nak tumbub gigi' hahhaha. Segala simptom mengada ada kat Danisy tu matched la dengan ciri ciri bayi nak tumbuh gigi. Bahahha. Bertabah la nak, nanti dah ada gigi boleh join daddy makan keropok. Hahahha.

Tanya orang lain umur 6 bulan semua dah keluar gigi, anak i je belum. Tapi takpe la bak kata suami, biar la lambat tumbuh, nanti lambat rosak. Ye ye la tuu. Sekarang pun aku dah ajar makan aiskrim. Bahahhaa. Terus kena ceramah dengan mak mertua. Eh anak dah nak masuk 7 bulan, i owe banyak cerita tentang Danisy. Grr. Benci la time nk update blog je tertidur time nak update je kena masak. Hahaha. Takpela tengok la nanti. Huhu


Semalam gi jalan kat The Mines aku sibuk cari teether nak tolong legakan gatal gusi dia, kesian anak. Suami pulak sibuk sungguh nak beli kereta yang anak boleh duduk dalam tu. Eh hello tak paham la sebenarnya anak ke bapaknya yang nak main. Nasib tak beli, kalau tak tau la mana aku sorok kereta tu hahahha. Hari tu pun dah beli sebiji remote control car, ingatkan beli untuk Danisy sekali tanya dia cakap dia punya. Aihhh pelik laki aku sekarang. Sudahnya tak beli pun teether tu, kitorang gi beli barang dapur je bahahhaha.

Ok bye.

No comments: