Monday, 9 November 2015

Kemas rumah

Phew. We had home make over weekend kali ni. Ecece rumah sewa pun gigih la make over, sebab dah bosan tengok sama je. Pusing sana sini kasi ruang nampak besar sikit pastu nyahkan je mana mana yang rasa buat semak dalam rumah ni. Rupanya banyak yang buat semak. Kehkeh.

Rumah ni nak nampak cantik berkilat elok tersusun tunggu weekend je la, tak pun time orang nak datang, laju aku sumbat semua barang dalam bilik. Kahkah. Selalu jugak aku merungut rumah bersepah etc etc tapi suami jawab 'rumah ni kecik yang, barang banyak tu nampak bersepah' eh eh senang betul. Hari tu cakap la rumah jiran kitorang, pengasuh Danisy yang baru (tukar lagi) bersih kemas je. Suami cakap 'dia duk rumah yang, awk kerja saya kerja, saya tak kisah rumah bersepah' hmm hmm. Saja la tuu dia malas nak tolong aku kemas rumah pftt. Bagi la i duk rumah jugak bahahha.

So weekend ni memang spend time kat rumah je, Sabtu suami kerja balik je terus dia gi beli kabinet sebab nak ganti yang dalam bilik, 1 kabinet baju 2 kabinet bilik kerja dia pastu 1 cermin besar sebab aku dah lama bisik bisik tepi telinga dia tu, nak cermin panjang besar nampak sampai kaki. Kahkah. Tenkiu la belikannn :p Hehe. Dia balik je weols setting terus, tapi macam letih gila jugak pindah barang buanv yanv tu campak yang ni pastu keluar jap hantar adik ipar naik bas kat Putrajaya, balik tu sambung lagi dah tengah malam Danisy pun duk ek ek ek maka aku tidur je dulu lantak la bilik tengah tu dah sepah gila. Sakit jiwa betul. Tidur pun tak tenteram. Iskk.

Ahad terus sambung buat kerja kemas rumah lagi, pastu puas hati gila bilik nampak luas kemas tersusun pada mata aku la. Bahahha. Dah tengahari baru sedar belum makan. Dah la barang dapur semua dah habis, suami kata dia keluar jap beli barang pastu suruh i order pizza je la petang nanti baru keluar beli barang dapur. Maka lunch tadi dominos je la. Dah la weekend ni sejuk gila, hujan je kan. Pizza delivery pun delay, sebab hujan sian rider dia. Huhu. Lepas dah kenyang makan plus part aku kemas pun settle tinggal bilik kerja suami je jadi aku pun tidur je la ngan Danisy, suami duk bertukang sorang sorang. Hahha. Baik perangai bini. Sampai malam ni pun sebenarnya bilik dia belum settle. Gyahahhaha. Tu dah berdengkur sebelah aku lepas layan ASK. Oh ya, tadi lepas Maghrib sempat keluar kejap gi topup barang dapur maka weekend kali ni aku keluar hantar adik ipar je pastu beli barang dapur je. Menarik kann hahhah. Tercakap ngan suami 'best pulak weekend duk rumah je huhu' dia pun perli 'aihh hari tu kata weekend kalau duk rumah je bosan gila, ni dah tukar pulak?' Hahahha tapi minggu ni jela minggu depan i nak jalan ok.

Cabaran jugak rupanya make over ngan laki aku ni sebab dia punya ciri ciri 'bos' tu ada. Stress aku. Bagi arahan nak strict je tanya kalau aku ada idea apa apa. Aku bagi idea dia cakap tak bijak pulak. Hmm sekarang berani cakap eh idea bini tak bijak. Bila aku diam cakap aku terasa pastu mula la terhegeh hegeh nak menempel kat aku. Nasib faham iols sentap. Hahahha. Sampai aku whatsapp dia 'saya bukan anak buah awak tau, jgn la strict sangat pftt' whatsapp la sebab tak mampu cakap depan depan. Kehkeh. Tak fun betul laki aku ni, geram nak hempuk ngan kerusi hahah. Rasa tak bileh kerja ngan dia ni sebab aku kuat sentap dia pulak serius betul padan la semua cakap dia garang. Tahu tak, boleh pulak dia kutuk hiasan dinding aku beli.

"Cantik kat mana entahhh"

Hoiii sentap gila. Diam je la ikut hati aku nak je tarik hiasan tu buang depan dia kang ada pulak terbalik terus segala rak dalam rumah. Bahaha. Berani kutukk? Eeei. Lesson learnt. Pasni nak kemas rumah taknak ajak dia, nak buat sendiri sebab laki i strict huwaaa garangg huwaaa. Idea kita semua tak elok, eh suka hati laaaaa. Tapi yang penting rumah kecik ni dah nampak luas, saujana mata memandang gituuu. Hihihi tenkiu la suami tegas(kemas rumah pun nak tegas tegas bukan mintak ajarkan add math pun bahahha), minggu ni masak la sendiri ok. Hahhaha. Good night!

Dak kecik pun sibuk kacau mami dedi iskk.

No comments: