Thursday, 26 November 2015

Hahaha

Approaching year end, suami macam biasa la busy. Duk rumah pun still jawab phone, settlekan masalah itu ini. Kalau sebelum ni sampai mengigau pun ada. Iskk. Kali ni still terkawal tapi dah dua malam jugak dia gi kilang semula waktu malam. Huhu. 2 malam lepas sampai pesan dia taknak makan, nak keluar masuk kilang kejap tengok barang. Moga besarlah bonus awak yang. Bahahhaha.

Semalam pun terdengar perbualan telefon suami dengan budak kilang. Entah apa la yang disebut, dikira-kira. Tiba tiba aku dengar suami sebut ni "tujuh ratus satu puluh, ehh tujuh ratus sepuluh". Hahahha terus tersedak aku kat dapur. Jenguk tengok muka dia, dia pun tgh pandang aku sambil sengeh kerang busuk. Hahhahahha tapi aku tahan la tak gelak kuat sebab takut kang spoil pulak perbualan serius tu. Bahahhaha. Tujuh ratus satu puluh pun boleh la hahha.

Lepas cakap phone dia terus masuk bilik kerja dia, risau aku bahan la tu. Tapi jangan risau sampai ke time nak tido aku duk ulang ulang tujuh ratus satu puluh tu. Hahhahaha. Aku syak dia ni cakap ngan foreigner la kot. Hahahhaa. Tersengeh je suami tu sampai sudah.

Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap titik peluh/keringat awak yang keluar bekerja demi mencari nafkah untuk keluarga kecik kita ni. Hehehehhe. Lobiu yangg, makan luar malam ni nak? Krik krik.

Bye

No comments: