Monday, 30 November 2015

Flash Cards

Semalam teman suami gi potong rambut, sesudah tu konon nak beli roti, singgah la kedai sebelah. Tetiba suami panggil, tunjuk something atas rak. Flash cards rupanya, sebab takde harga aku malas la nak layan sangat. Pastu pusing belakang tengok suami dah dekat cashier, duit tengah bertukar tangan. Eh? Ku fikir tadi dia nak tanya harga je. Hahah terus beli.

Pastu dia hulur kat aku sengih sengih, aku pun baca la descriptions kat kotak tu.

"Yang ni flashcards yang 4D tu eh?"
"Ehh bukannn laaaa" (lepas baca descriptions)
"Laaa beriaa beli ingatkan yang tu"
"Berapa harga ni"
"RM7"

Kahkah. Nasib murah. Patut la dia beli ingatkan yang bergerak gerak tu. Semangat dia konon konon nak balik download apps tu. Bahahha.

Balik rumah je rehat kejap pastu dia dah bukak kotak tu. Keluar je memula card gambar beruang. Suami pun cakap "bear...bear..bear" Tetiba si Danisy meraung. Bahahha. Aku pun tak faham kenapa. Intonasi suara daddy kasar sangat kot, dia ingat daddy marah dia. Begitu la setiap kali tukar kad elephant ke horse ke tetap jugak anak aku nangis. So suami kata "ok ok daddy tak paksa belajar for now gi la main".

I mean sayang, what do you expects from your approaching 7 months young boy. Gahh.

Sudahnya aku bagi Danisy kunyah je flash cards tu, hadam la nak. Bahahha. Dah setiap kali "bear" je terus nangis. Kita cuba next time la. Heee.

Adoi.

No comments: