Tuesday, 3 November 2015

Extra Mengada

Hai. Lately suka ngada ngada ngan laki mintak dia masakkan itu ini haha. Not pregnant i swear, done upt twice bahahhaha. Padahal hormon ke laut pasal breastfeeding pastu kalut bila 2 months bestfriend tak datang melawat hewhew. Lepas ni pasang pagar besi je la keliling katil hihi.

2 minggu lepas minta dia buatkan spaghetti, berani dia tak layan? Hahha lipas kudung masuk dapur masakkan untuk isteri ni. Sedapp. Lepas tu konon beli roti pita sebab nak request kebab tapi rupanya terbeli chapati yang dah ada inti dalam tu. Booo. Hahha lepas tu gi sekali lagi beli roti pita sambil suami pun dah cakap bahasa ala ala aney gitu. 'Deyyy, ni la roti pita iskk'. So malam tu makan kebab ayam. Yumsy sedap gila. Biased of course but who cares, he's my husband :) Resepi kebab ayam tu i tak tau la sebab macam biasa if dia masuk dapur, dapur dah jadi kawasan larangan untuk aku. Tapi kan, kalau 7 kali suruh buat jawabnya 7 kali la aku dapat makan makanan sama dengan rasa yang berbeza hahahha.

edisi pertama

carbonara pulekkk

bihun goreng suami hahah

Weekend lepas hari Ahad pagi tu dia request nak makan bihun goreng je. Tengah tengah masak baru lepas masukkan bawang cili etc tetiba anak yak pulak. Cakap ngn suami suruh dia siapkan bihun, sebab aku nak basuh bontot Danisy pastu mandikan sekali anak bertuah sorang tu. Maka tung tang la dapur iols suami kerjakan. Dah siap tu dia pnggil makan je, heaven gila. Dalam tak pandai goreng bihun katanya lah, menjadi la jugak hahah. Sebab aku pun bertambah tambah makannya. Lepas tu keluar jalan biasalah Ahad kan. Lagipun dah takde jerebu, syukur Alhamdulillah. Memula suami ajak gi IKEA tapi aku sebenarnya lemah betul nak gi sana weekend, dah la ngan baby. Fuh fuh tapi nasib baikla plan cancelled lastly. Ke Giant Cheras je la kita. Kikiki.

Balik tu rasa lapar pulak, ngendeng ngendeng kat laki suruh dia masakkan spaghetti (lagi) hahha taktau kenapa tekak suka spaghetti sangat sekarang. Hari tu gi beli kat Secret Recipe sampai RM20 sebekas, pastu beli pulak lagi kat Pizza RM13 tapi krik krik je la rasa. Tapi i prefer yang kat Pizza more. Eh ke dah cerita? Lantak la sebab selalu sangat update kan, apa yang dah apa yang belum aku pun lupa. Kisah pulakkk.

Ok sambung cerita, suami kata gi prepare barang japgi dia buat. Yuhuuu. So berspaghetti lagi la aku malam Ahad tu, rasa pun berbeza uols hahha. Dah cakap kan. Pastu semalam sempat bawak bekal gi office jugak tapi menyesal sebab bawak sikit, nak buat semua bekas tak cukup besar pulak. Kehkeh. Takpe next time minta dia buat lagi.

latest one
"Sayang bini tak? Tak sayang la tu"
"Org tak cakap, dia cakap. Mengarut"
"Susah ke nak jawab 'saayangggg'"?
"Iyeee, saaaayaaanggg sangatt"


Hahahhaha. Memang iols mengada pun. Bye

No comments: