Friday, 9 October 2015

Trip ke PD

Baru baru ni suami ajak jalan kat PD. Ajak mandi pool gitu. Sebenarnya dia nak bawak Danisy la, mandi sungai dah so nak mandi pool pulak. Mak mertua sampai cakap anak baru 4 bulan dah selam sana sini bhahaha. Suami kata nak train Danisy jadi budak lasak. Biar dia explore everything gituu.

Sabtu lepas je suami balik kerja, siap siap terus gerak gi PD. Boleh tahan jem jugak la jalan hari Sabtu nak ke sana ye. Kat PD kitorang stay kat Tanjung Tuan Resort & Regency apa ntah hahhaa. Mestila kurang ingat tapi yang penting aku ingat pool dia besar dan best. Sebenarnya gi dua family, kawan si suami la yang mengajaknya. Heheh ada la kawan berenang. Gituu. Sampai je sana, rehat rehat jap terus decide nak mandi pool petang tu. Bawak pelampung Danisy siap siap.


Aku lebih kepada nak entertain anak la, tak kuasa nak terjun pool mandi sambil kuak lentang kuak kupu kupu bagai. Kang lemas sapa nak selamatkan? Hahaha. Kolam dewasa dia 9ft kot. Pastu ada kolam budak dan jugak kolam anak anak ikan hahhaha. Maksud i kolam untuk baby toddlers gtu lerr. Danisy harusla weols rendam kat 9ft, melawak je mestila letak kat kolam baby sambil main main ngan dia. Kemain kaki dia duk gerak gerak dalam air tu. Muka chill je sebab tak sejuk macam air sungai dia main hari tu meheheh.
Dalam setengah jam macam tu kot tengok dia dah sejuk, letih aku pun angkat la dia, balut ngan towel pastu nangis. Lapar dah. Sumbat botol taknak pulak, terpaksa la bf di khalayak. Tapi pakai nursing cover la. Siap siap tukarkan baju dia pastu tau tau eh dah tido dah pengganti Pandalela Rinong ni kahkah. Time tu suami duk mandi kat kolam dewasa terus aku ajak balik bilik je la anak dah tidur. Bagi can dia rehat elok sket. 




Sebab letih swim kot dia tidur sampai tahap aku kesian pulak tengok, selalu nak tidur kena ada orang sebelah ni tak perlu pun, nganga dia tidur hahha. Sampai nak kejutkan time nak keluar dinner pun sian. Iskk

So malam tu keluar makan seafood, ikan siakap bagai which is of course la not my favvv. Kita makan tomyam je la huhu. Tu pun bergaduh ngan Danisy sebab dia nak tidur lagi. Now makan dah bergilir ler ngan laki, laju laju makan sambil tengok anak. Time baik elok je dia tak meragam dia tengok je mak pak dia ni makan tapi time nak tido ke apa sure la duk tenyeh tenyeh garu garu muka tu. Huhu. Lepas dinner terus balik hotel rehat rehat sambil bedal satay yang aku tapau. Haha

Esoknya pagi pagi gi pool lagi tapi kali ni tak rendam dah Danisy lagipun dia duk ngantuk lagi. Saje la jalan ambil angin Port Dickson sket. Gituu. Lepas tu siap siap nak balik aku bagi cadangan kat suami ajak gi 3D Art muzium kat Lukut. Bila lagi nak gi kann, dah alang alang sampai PD jom la ronda kawasan sekitarnya terus. Masuk 3D muzium tu kena bayar RM20 kot, kalau takde mykad kena RM25. Mula mula okay lagi duk tangkap gambar sana sini pastu Danisy dah menangis sebab panas dan jugak ngantuk la kot. Walaupun begituuu, mak pak dia ni tetap gigih bergambar even anak dah tantrum. Nasib la nak! Hahah.


Danisy tengah nangis sebenarnya tu hahhaha


 Lepas round habis tu je kita terus balik KL. Danisy tido dalam kete ibarat keletihan yang amat. Hahhaha. Kesiann. Tapi sempat lagi singgah Jusco balik tu.

Ok settle short trip to PD. Next, Disember ni pulak. Hehe

Bye.

**banyak lagi gambar tapi dalam kamera suami, iols malas transfer

No comments: