Wednesday, 21 October 2015

Demam selesema

Pagi ni macam biasa bangun nak gi kerja walau terhuyung hayang jalannya. Rasa pening sikit. Pastu suami bangun dia tengok aku macam tak sihat dia kata duk rumah je la rehat. Sementara dia mandi, aku pun siap siap la pakai baju pastu dia keluar bilik air pelik tengok aku bersiap. "MC la, dah macam ni pun nak kerja ke?" Blur kejap pastu tanya dia balik, "kena ke MC? Tapi ada kerja still tak siap laa bla bla bla" Dia kata masa macam ni still nak fikir ke benda semua tu, MC je duk rumah rehat. Esok masuk kerja buat la. Iskk. Tak tau kenapa aku gigih plak kerja. Hahah. Rasa xbest bila xkerja bila ada kerja pending. Gituuu haihh. Semalam lagi aku dah start sengau tapi gagahkan diri jugak, dengan si Danisy pun sok sek sok sek. Huhuu. Jangkit dengan Danisy la kot, sebab dia yang selesema dulu tapi dapat kat aku pakej pulak batuk sakit kepala la. Huhu

Semalam suami keluar, dia balik tu aku dah tido la pastu dia suruh bangun minum panadol soluble. Iskk 25tahun hidup aku tak pernah minum benda tu hahah. Sambung tidur, malas bangun makan ubat tapi kena paksa. Suruh dia minum dulu pastu bagitau apa rasa dia. Hahahha dia pun minum la sket tapi tak tau la kalau dia tipu, dia kata payau tapi minum la. Tutup hidung, dia suapkan air tu kat aku. Dia dah siap siap standby air masak satu gelas jugak hahahha. Dah paham kot aku tak suka makan ubat. Habis je minum terus wekkk. Laju dia sumbat air masak plak kat bini dia ni. So semalam tidur lena la sikit. Huahua. Selalunya aku dengan suami, dia yang lagi mudah kena batuk selesema ni, tapi so far steady lagi, yela kalau dia pun terjebak sape nak jaga weols berdua ni. Hehhe.

Tengahari tadi dia bawak aku gi klinik, masuk kete je dia tegur 'awak okay ke ni, tak larat je nampak' hahahaha. Kata tak sihatt. Jumpa doktor bawak skali si Danisy ni, sekali ngan Danisy la dia cek. Dia tanya guna apa untuk selesema Danisy, aku kata guna Sterimar. Pastu aku sedut jugak hingus dia pakai tube. Huhu. Doktor jawab memang kita galakkan Sterimar tu tapi tak payah sedut la sebab bahaya pulak if sedut might kena secondary infections, pastu boleh effect eardrum baby (koyak) sebab kita tak tau sekuat mana kita sedut tu. Sterimar tu dah cukup, tapi kalau still selesema lepas seminggu baru doktor bagi antibiotik. Gulp kejap bila doktor kata tak payah sedut dah. Aku pandang je suami, dia pandang aku. Hahahha.

Keluar bilik doktor suami tanya aku kalau eardrum koyak dia tak dengar ke? Hahah mana iols tau, mungkin la kot masalah hearing plak. Dia kata try panggil Danisy. Aku pun panggil la 'Danisyyyy....' Si kecik ni pun terus zapppp pusing pandang aku. Hahahha. Terus mommy daddy urut dada. Kahkah. Motif betul laki bini ni. Oh ya dah la tadi doktor pesan, elakkan peluk cium anak ye time tak sihat ni. Duhhh. Semalam lagi aku bertahan tak cium Danisy, tapi nak jugak cium aku cium perut, kaki dia je. Huwaaaa. Pastu cium bontot sebab nak cek dia berak ke tak. Hahahahha.

Ni pun Danisy tido sebelah ni, hidung pun ada kesan hingus. Kalau lap je nangis. Iskk. Sayu hati tengok anak selesema, risau dia tak lena tido. Kadang tido pun ternganga, kalau suami ada dia akan tutup mulut Danisy tu nak tengok kalau budak ni boleh bernafas ngan hidung dia. Huhuu. Kadang dengar suami cakap ngan anak, 'adik jangan demam, jangan selesema, bagi daddy je sakit tu semua ye' alololo. Laki aku ni nampak je macam kayu tapi hati dia lembut gituuu hahahaha. Get well soon little bulb, mommy sakit takpela dah tua. Awak tu nak cakap pun tak leh lagi. Bagi daddy je semua sakit kita ok? Eh? Hahahha ni semua gara gara jerebu. Bye.

Ps:nak sembunyikan ubat sebab nanti ada orang balik buat spotcheck la tu aku makan ubat ke tak -_____-

No comments: