Monday, 26 October 2015

Dah besar dah awak

Sekarang Danisy dah nyenyak, boleh la curi curi update blog kejap. Walaupun sebelum ni banyak kali nak update, sudahnya ngan aku aku terus lena bersama anak. Hahaha.

Ada satu hari tu, aku ngan suami duk main dengan anak, pastu tiba tiba dia bunyi "besar dah anak kita ni kan, aktif je" hahhaha memang pun rasa cepat gila masa berlalu. Sekarang Danisy nak masuk 6 bulan dah, kemain laju dia meniarap sana sini. Semua benda dia jumpa dia masukkan dalam mulut, paling faveret ialah kain lap kaki. Iskk. Geram betul. Suami pulak ada belikan dia walker, laju lahaii naik benda tu, mana aku pergi situ la dia ikut. Kalau meniarap pun gitu. Pasal walker tu sebelum guna suami memang buat reading dulu, elok ke tak. Mostly baca pasal negatif la tapi actually depends kot, sebab si Danisy ni dah elok duk position merangkak pulak sekarang. Hewhew. Orang kata if duk walker nanti anak skip development la apa kan, tapi terpulang la bukan weols letak dia doplohpatjam gitu. Hihi.

Danisy ni dah jadi bff daddy, kalau ngan suami memang ngam la. Kadang kadang aku senyum je tengok dua beranak ni. Macam tak caya pulak suami yang dulunya aku rasa tak serasi ngan budak elok je jadi bapak. Hahahha. Tapi kadang bengang jugak, anak duk ek ek dia duk scroll fb bagai sambil tangan tepuk tepuk anak, konon melayan la tapi huh. Ni biasa terjadi bila aku nak masak la. Pastu japgi keluar ayat pedas aku mula la sentap. Hahahah. Sabo je la. Dia gi mana mana mesti balik bawak mainan untuk anak. "Danisyy, daddy belikan mainann"  sambil keluarkan mainan anak pastu dia yang excited main. Hari ni beli car pulak, hari tu beli cat sekor. Duk meow meow lari anak aku sebab takut. Bahahha. Danisy sayang, sebelum awak lahir, payah la daddy awak tu gi mana mana nak bawak balik barang, melainkan mommy pesan, sekarang ni awak tak pesan pun selalu dapat toys baru. If pergi Manjaku, dua orang ni laju laju tengok toys, pastu mintal Danisy pilih mainan. Tunggu la anak tu dah reti nanti, mesti tempat mainan awak elakkan suami! Hahaha.

Sebakul dah mainan budak kecik ni. Nasib belum tau sepahkan, kalau tak mesti gaduh ngn aku. Hahha. Kalau aku memang minat beli baju anak la. Hahha sekarang baju aku tak beli pun takpe, sikit sikit je baju anak. Suami geleng geleng je. Macam hari tu raya, mau tak gila aku heret suami gi Poney Warehouse Sale. Hahahha. Sampai dua kali pergi sebab rasa tak puas. Dapat la 7 pasang tapi still rasa tak cukup. Mujur ada laki bawak aku balik dunia realiti. Hari tu lagi sekali Poney buat sale. Sawan sekejap, tapi time aku pergi banyak dah sold out. Keciwaa betul tapi takpela selamat duit mak. Hahhaha. Dah la warehouse Poney dekat sini je, harus la alert selalu ngan sale bagai. Kahkah. Website yang update sales kat Malaysia ni selalu la aku pantau sekarang, pastu frust kalau sales tu jauh ataupun sales masa akhir bulan pfffftttt. Ni pun rasa baju siang Danisy dah kecik kecik semuanya macam nak kena beli baru, terus kena jeling ngan suami. Hahahha. Alaaa baju siang Danisy beli kat Giant je pun, sehelai RM7. Heheh.

Tadi sembang ngan suami:

"Yanggg dah besar nanti si Danisy ni awak nak dia jadi apa eh?"

*suami pandang sekilas, malas layan*

"Hmm mommy rasa Danisy tak payah la jadi doktor, jadi pilot la bagus jugak. Kan b?"

Suami jawab, "Too soon, sayangg"

Adeh, spoil la. Benci i.

Gudnite, bye ☺



No comments: