Wednesday, 7 October 2015

Birthday Suami

Haha loyal blog reader dah tanya kenapa lama tak hapdet. Jom la kita story pasal birthday dia ituuu.

Birthday suami 5 Oktober, hari Isnin. Kebetulan in laws datang rumah hari tu sebab attend konvo adik ipar so stay rumah weols. Jadi malam tu behave je la sekadar ucap 'happy birthday yang' pastu suami terus kroih kroih tido. Haihh apa lah sangat birthday pada dia, katanya takyah gedik hadiah seprais bagai, dia lelaki. Amboii gitu pesanan dia. Dia tak tau malam tu aku tak tido fikir macam mana nak kenakan dia. Mihmih. Jujurnya aku plan nak hadiahkan jam tangan sebab dia punya jam gi kerja dah rosak tali. Tapi tu la bila fikir jam dia dah 4-5 utas, why botherrr malas la i, dah la jam mahal. Pakai la jam yang lain lain tu. Dia kata if nak beli sesuatu, belikan dia watch box je. Kahkah. Aku usha kat Lazada watch box murah je nasib tak beli. Becoz i'm noob liddat. Bahaha. Kasut bola pun tak koserr nak beli sebab mak aih harga memang aku kais pagi la pastu. Kahkah

Dapat idea masa kat ofis, ingatkan nak minta half day tapi fikir fikir aku mintak balik awal je, atas alasan baby sitter ada hal. Maaf cik manager, daku terpaksa. Hahha. Sebenarnya susah sikit la plan aku ni sebab gi kerja sama husband so memang la pergi sekali dia je setiap hari, nasib baik lain lain office. Walaupun pergi kerja sesama jarang la aku terserempak dia. Balik kang baru jumpa. Gituu. Sebab nak keluar balik awal kena la book teksi. Untung guna apps MyTeksi laju laju dapat teksi. Haha. Plan nak beli barang hadiah dia kat Jusco. Sedang elok aku lalu depan kantin eh macam kenal je sorang lelaki yang duk berbincang dengan seseorang kat kantin tu. Suami aku, alamakkk.Dah la mengadap laluan aku. Laju laju jalan dalam hati pasrah je la kalai dia nampak pastu tunggu je dia call kot nak tanya bini dia nak gi mana. Hahhaha. Tapi takde pulak. Kehkeh

Gi Jusco laju laju beli hadiah sikit, beli belon nak buat party, beli kek siap siap terus balik. Sampai rumah je kelam kabut tak cukup nafas aku tiup belon bagai. Haihh. Hadiah memang tak sempat balut pun, sorok dalam bakul dalam bilik. Dah settle tu tepat 6.15 dia whatsapp ajak balik. Aku pun bgtau suruh balik dulu, pick up nanti pukul 7 sebab ada kerja sikit. Pastu pesan ambik si Danisy terus. Dia pun reply ok. Hahah. Aku perhatiii je dari tingkap rumah, dia parking kete, jalan ambik anak. Masa tu dah siap siap pasang lilin dekat kek. Dengar je bunyi kunci rumah aku terus standby telefon kat tangan sebab nak rakam pastu sejenis mainan tiup tiup yang selalu guna time birthday tu kat mulut. Kahkah.

Dia tolak je pintu, aku jerit "surprise!! Pastu nyanyi lagu birthday. Hahha terkejut la jugak dia pastu tanya bila aku balik. Iskkk. Pastu dia cerita patut la tadi dia terserempak ofismate aku  dia tanya kenapa aku balik awal? Suami pulak rilekkk je jawab "eh mana ada belum balik la" kahkahkah. Suami memang clueless, siap puji lagi dia tak bajet langsung aku nak buat surprise gini. Hahha tengok orang la bro. Dah siap siap makan kek, dia keluar kejap sebab ada hal. Aku ngn Danisy bersilat bungkus hadiah dia hhahha. Nak dapatkan klu hadiah tu dia kena pecahkan belon. Baru tahu rupanya laki aku ni gerun nak pecahkan belon. Kemainn jauh dia hulur jarum kat belon tu. Tapi sebenarnya saja je sebab game aku tak mencabar pun. Nak tengok dia je mihmihmih. Lepas tu sengeh sengeh buka hadiah. Belikan dia beberapa helai baju dengan boxer je sebab dia memang jenis yang lantak la baju dah lusuh ada aku kisah? So memang aku la yang selaluuu paksa dia beli beli beli bajuu. Pfffttt. Gadget nak maju, baju selagi boleh sarung dia sarung. Geram tengok.

Haa macam tu je la cerita surprise birthday suami i tahun ni. At last tercapai jugak nak buat something on his birth date. Gituu. Asyik dia je buat seprais ingat aku tak pandai? Hehhe.


Dear suami, happy 28th birthday. Lafffyuuu lott.

Bye :)

No comments: