Thursday, 17 September 2015

Perihal Pengasuh

Hari tu dapat wasap dari babysitter (bs) Danisy, kata dia dapat job offer pastu nak start bulan 10. So dia bgtau aku awal supaya dapat cari bs baru. Kira okey la sebab still ada masa cari bs baru. Dia tu katanya dulu nurse, pastu bila ada anak suami suh jaga anak je kat rumah dah alang alang tu dia apply sijil terus kira bertauliah la gituu. Pastu tetiba bagitau kata nak masuk kerja balik. Fine, being me aku congratulate je la dia. Huhu

Pagi Selasa dia whatsapp kata dia tak boleh babysit Danisy, anak dia demam panas. Aku cakap la ok, dah kena emergency leave lagi. Hari tu dah sekali dia buat aku EL. Huhu. Tapi takpe la, benda bukan dia mintak pun kann. Paham ler. Pastu Rabu kan Hari Malaysia, duk syok syok baring golek golek 3 beranak pagi pagi hari tetiba masuk whatsapp lagi. Kali ni suami dia yang whatsapp. Hmm. Katanya isteri dia pregnant 2 minggu, sekarang dah start morning sickness asyik muntah je tak larat. Maksudnya? Aku tengok whatsapp tu terus bagi suami suruh  dia reply, tanya esok (hari ni) macam mana?

Dia jawab nampak gayanya memang dah tak boleh jaga la si Danisy ni. Tak larat katanyaa. Termenung kejap. Hmmm. Dalam hati "cuti lagi la this week" tetiba bs hilang pulak. Alahai alahaiii. Dalam masa sehari mana aku nak raba bs baru oiii. Tak agak agak. Hmmm. Jumpa ngan aku depan depan tak bagitau pulak. Takkan semalam baru start morning sickness kot? Dah la whatsapp je, takde nak call ke cakap sorry ke mende. Eh ralat jugak jiwa ni. Isk. Dah la last minute macam tu. Aku malas la nak mengungkit. Aku puji la memang ok je dia jaga Danisy, sbb dia pandai. Pandai handle EBM, anak aku tu kalau ambik petang petang wangi je. So memang boleh rely kat dia la. Sekali jadi macam ni. Hari tu cakap nanti dah 6 bulan aku tak payah susah buatkan puree semua dia buat, ni tak sampai 6 bulan lagi dah macam ni. Haih la. Suami cakap aku lembut sangat ngan orang.

Memula dia (bs) jaga kat rumah mak dia, pastu satu masa tu dia cakap nak jaga kat rumah sendiri pulak. Jaga anak aku ngn anak dia sendiri sorang je. Yang sorang lagi dia tak mau jaga dh. Masa tu suami macam dah terfikir la macam ada sesuatu tapi aku cakap ngan suami, jangan fikir bukan bukan, jangan mengarut. Sekarang jadi gini suami kata 'haaa saya dah agak something wrong' nahh dengarlah bebelan suami tu. Hukhuk. Takpela yang penting aku rasa aku dah buat baik kat orang, belum ganti bulan aku dah bagi upah kot. Mak mertua siap belikan keropok la bagi dia sebab dia jaga cucu elok elok. Hmm

Lepas je kata esok dah takleh jaga, kitorang memang tak reply la dah. Suami cakap pun hold dulu payment sampai dia mintak. Adui. Pastu kawan suami suggest hantar kat sorang makcik ni, tempat dia hantar anak dah 7 tahun. Takde pilihan, petang tu terus gi rumah makcik tu, which is to Danisy dia dah pangkat nenek la. Bila tanya kawan suami tu dia cakap okay je makcik tu Insha Allah boleh jaga, kena percaya je la.

So pagi ni dah hantar Danisy gi rumah makcik tu. Dalam kereta ke office suami tanya, 'awak ok ke, fikir apa?' Sebab tengok aku diam je kot. Aku jawab ok ok pastu diam pastu tetiba kang teresak esak. 'Haaa dah tauu awak x okeyy bla bla bla' sambil pujuk aku. Huwaaa. Sedih sgt Danisy bertukar ganti bs. Baru nak adapt dah kena tukar bs. Iskk.

Cukup time balik kerja tadi laju laju aku anglat beg sebab tak sabar nak jemput Danisy sekali sampai kereta je tengok elok je dia duk dalam carseat. Daddy dah jemput dia dulu. Aduhai Tuhan je tau kegembiraan aku. Suami sampai cakap tersengeh sengeh suka sangat la tu. Hahhaha. Tengok Danisy macam biasa je, legaaa hati ni. Hopefully dia dapat adapt ngan bs baru ni ler. Hewhew.

Bye

No comments: