Friday, 4 September 2015

Nak hand mixer pleasee

Tajuk tak agak agak.Heheh dari tadi nak hapdet belog baru sekarang dapat time. Hari ni tak kerja sebab pengasuh Danisy ada emergency, so takpela jaga anak kat rumah. Have to berkorban la, bila lagi nak dapat precious time gini wahaha.

Tengahari tadi duk bilang bilang jari nak masak ke tidak sekali suami whatsapp, 'nak makan apa apa tak, saya bungkuskan' walaweh memang tido je la periuk kuali dapur daku hari ni. Laju laju pesan lauk tu lauk ni. Dasar isteri bijak guna kesempatan yang ada. Heh. Petang ni pun takmau masak, kalau suami lapar aku nak jampi je kat telinga dia nak kurus sama sama. Kahkah

Sekarang pulak memang diri sendiri asyik gatal nak buat biskut, kek etc. Kalau resepi kek ke biskut kat fb tu laju laju printscreen pastu kang meraba nak cari. Patutnya pasni aku share je la simpan kat wall sendiri kann. Lagipun facebook i memang basi je. Hahah. Hari tu buat biskut cornflakes sampai dua trip uols, sedap angat kehkeh. Bawak gi ofis semua puji sedap pastu siap ada nak tempahh. Sorry ler i buat time datang mood je time malas non hado! Hihii takut kang tak terbuat.

Lepas tu hari tu buat kek sunquick, tapi macam termanis sikit tapi still habis je hahah. Suami makan jugak tapi tak selaju dia makan kek coklat laa. Eh dah lama tak buat kek coklat, yelaa ada oven je, pengukus takde. Belum jadi lagi nak beli. Time gi kedai RM2 hari tu ada beli acuan biskut dahlia. Pastu ada jugak beli grater, sebab aim aku nak buat biskut sarang semut. Siap beli hand mixer, tapi daiso punya la sekali letak telur tepung semua dah tak berpusing mixer tu. Pffffftttt. Mohon suami beli mixer satu hadiah hari jadi pls. Hahahhaha

Ok sambung cite. So beberapa malam lepas sesudah tidurkan anak, start la operasi buat biskut hahha. Tapi duk picit2 biskut dahlia tu tak menjadi bunganyaa. Sedihh T___T Sarang semut ok la tapi paper cup tinggal sikit je memang nak kena buat jugak la biskut tu macam mana pun. Mintak suami tolong, duk try try tak jugak jadi last last aku tengok biskut dahlia aku dah rupa cream puff lol. Hahahha. Lantakla, asalkan terjadi bentuk. Dia pipe semua adunan kuih tah hape hape tu sementara i basuh semua peralatan.

Pastu dia cakap dah siap, aku jerit je la dari sink, suruh taburkan ceri tu. Potong potong dulu. Sekejap je dia buat, dia kata dah siap pastu tinggalkan biskut tu untuk aku bakar. Siap membasuh semua aku gi la nak ambil biskut nak masukkan lam oven tapi terkejut gila tengok biskut hahhaha. Tak tau nak ketuk kepala sendiri ke ketuk pale suami. Iskkk.

Satu biskut sebiji ceri dia letak! Memang nak kena siku betul. Menangis dalam hati sambil potong2 balik ceri tu tak puas hati, still aku tinggal la dua biji kenangan kelakar hahahha. Adoiii kau boleh dapat laki gini? Errrrr gerammm tahu.

Sekarang pun tengah tunggu kek suka hati tak tau nama apa masak dalam oven sana.

Ok bye!

No comments: