Friday, 11 September 2015

Lagi Entry Surprise (Hadiah Anniversary)

Ni lagi satu entry pekasam daku. Hihi

Time anniversary haritu kan dah janji masing masing takde hadiah. Aku dengan sengalnya memang tak prepare la hadiah haha. Bertuah.

Balik kerja hari anniversary tu, suami rushing gila, pening pale naik kereta ngan dia hari tu. Sebab katanya nak balik cepat, nak yakk. Foine. Dari cara derita nak yak dia tu, aku tak syak apa apa la. Huhu. Sampai je dia tinggalkan aku kat kete, laju laju dia gi cari jamban. Maka terhegeh hegeh la isteri ni angkat barang tu barang ni pffttt.

Buka pintu rumah, tadaaa ada satu backdrop tulis happy anniversary, i love u gitu atotototo. Kata tadi nak berakkk cissss. Aku sengeh je la pastu nampak kotak jam Fossil atas meja. Terus girang la sebab dapat jam baru yang pakai sekarang pun jam hantaran hari tu hahha. Dah lusuh sket tapi ok la hihi. Pastu dia suruh bukak, beria aku buka kotak jam tu.

Dan bila buka, tengok jam tangan frozen. Erk krik krik krik. Aku macam wahh cantik hahhaha. Sambil belek belek pastu dia suruh duduk sebelah dia, dia nak pakaikan aku jam tu. Dia mampu beli jam RM15 ni je as hadiah sebab katanya jam hantaran aku pakai tu dah tak cantik. Haha dalam hati i redha dah, mungkin suami ni saje nak test aku ni. Huhu. Dah siap dia pakaikan jam tu, dia hulur paper bag yang dia ambik dari tepi kerusi.

Hahhaha dah agak sebenarnya hadiah jam Frozen tu dummy je, saje nak tengok reaksi aku bahahha. Maka gembira la dapat jam baru. Pastu macam biasa being me, aku sibuk tanya mana beli, berapa harga which is buat laki aku tension la kann. Pastu siap pertikai jugak macam biasa. Lepas tu terbit la rasa bersalah dalam hati, ni hari aku ngan dia, tapi yang dapat hadiah nya aku sorang je hahahha. Eh sian pulak dia! Sape suruh langgar janji, nasib la. Hahah. Eksyen sket dia ni, dia kata jangan ngada nak beli apa apa, sebab nanti kalau dia tak kenan dia tak guna. Uihh boleh tahan berlagak.

Aku tanya why i deserve this watch? Dia jawab.

"Sepanjang setahun kahwin ni, awak bagus. Makan pakai saya awak jaga, saya perhati je"

Hahhaha siap evaluation wehh. Laki sape la macam ni. I siap bagi u anak dah sorang, tak bagus lagi tak tahu laaa. Bahahaha. Sebab dah dapat jam cantik, terus laju laju gi masak sedap sedap. Terus tak merajuk seminggu.

Penuh surprise suami iols ni, xdpt hidu punn. Heee

So birthday dia nanti ni dah wajib la aku belikan dia hadiah. Matiklaaaa. Hahaha. Nak seprais cemana pun aku tak gheti. Idea?

Byee

No comments: