Thursday, 10 September 2015

25 Tahun

Hai. 9 September genapla umur penulis blog ni 25 tahun. Hihi.

Dah la malam tu masa dinner aku duk bertekak ngan laki. Isunya, senduk. Bahahhaha. Gini, sebab iols sibuk susukan anak, tapi dah siap ler masak, suruh suami hidangkan. Pastu tengok dia guna senduk kayu buat ceduk nasi. Iskk. Aku geleng pale je, pastu cakap nape guna senduk ni, sebab kan senduk kayu buat kacau nasi time masak, suruh rata. Ke aku je gitu? Pastu dia cakap “still boleh ceduk kan, apa masalah” hmm. Pastu muncung sket la, dia Tanya kenapa aku jawab la ‘that’s my rule’ pastu dia boleh jawab, “ok, campak je la senduk ni dalam tong sampah” erkkk. Hangin tau. Baik diam. Isu senduk je pun hahahhaha. Dia kata aku cerewet ahahaha.

So melayan la jiwa lara ni sambil basuh pinggan, pastu dia nak keluar tau, ada hal. Selalu dia bagitau je nak keluar, ni dia datang kiss pipi masa kita ni tengah geram kat dia, apa lagi sejuk terus hati bahaha. Dia pandai dah sekarang if gaduh, dia cepat cool down, Nampak lain sket dia handle aku sekarang haahha.
So suami balik before 12, masa tu aku tengah golek golek dah ngan Danisy, nak tido laa. Pastu tepat pukul 12 malam, dia jerit ‘eh birthday sayang kann, happy birthday yang’ aku hmm je sebab still nak merajuk hahha. Japgi dia dating ngendeng sebelah, cakap ngan Danisy.

“Danisy, hari ni birthday mummy la, yang ke berapa Danisy? Daddy lupa laaa”
*macam la Danisy paham kannn*

Pastu dia duk siku aku, cakap hepi beday pastu hulur satu kad kecik. Dia cakap takde hadiah tau. Memula nak simpan je kad tu, dia suruh baca terus. Isteri yang acah merajuk ni baca laa. Kad tu sebenarnya game card, dia suruh baca pastu ikut je arahan kat kad tu, so I kena cari next card based on clue stated dekat kad. Belakang pintu la, belakang TV la, iskkk.


Dah klu keberapa entah akhirnya aku jumpa satu kotak cantik je berbalut dalam almari tau. Excited la bukak, sekali kotak tu ada barang entah hape hape, rupanya hadiah tipu. Foineeeee. Dalam tu ada klu lagi, kena kumpul semuaaaa kad tu pastu belakang ada password nak bukak safety box dia hahha.
Aku ni dah la mamai ngantuk, kena cantum kad nak cari password pulak memang lembs la malam tu hahahha.

Tapi dapat gak password tu pastu jumpa last kad yang suruh gi bukak kotak besar dalam bilik. Heheh. Sajeee je. Dia duk rakam sambil dukung anak, haha terpaksa la kan. Nampak dalam kotak tu ada satu hadiah besar. “Macam boleh agak” aku cakap. Dia suruh bukak dan tadaaa memang betul la apa aku teka, suami hadiahkan Stand Mixer! Hahha excited giloo okay. Settle merajuk takyah pujuk dah. Hihi.
Pastu cakap ngan dia, nape beli Stand Mixer, sebab aku nak beli Hand Mixer je, dia kata dah alang alang beli je la, jangan pertikai hahah. Sebab aku memang suka cakap dia membazir buat tu buat ni pun. Alololo sweet ngat aih, padahal mention kat blog je haritu (refer entry lepas) kata nak hand mixer, sekali dia hadiahkan. Kihkih. Happy wife la I am! Lepas tu dia ajar guna, since aku memang tak gheti pun hahhaha. Sabo je laa.

Esoknya lepas kerja terus ajak dia gi Jusco, beli barang nak buat Pavlova. Amboii excited nak guna mixer baru uols. Semalam jugak la duk baking ngan dia, hahaha. Ingatkan nak bawak gi office pavlova tu, tapi dia cakap ‘buat lain boleh tak nak bwak gi office tu, yang ni b nak makan la’ hahaha sedap la tu. Banyak gilaa laki aku makan pavlova. Dia memang sweet tooth pun sebenarnya. Huhu!
 Hari ni balik kerja pun terus bukak peti ais, habiskan pavlova tu. Heh.


Tenkiu la suami sebab hadiahkan kita mixer, memang nak sangat hihi. Lepas ni nak apa apa boleh la mention kat blog je, dia kan peminat blog ni, macam magic je tak cakap pun tapi tahu. Kahkah.

Happy birthday to me. Second birthday as wife, 1st birthday as mummy. Danisy pun puke on me on my birthday, takpe la mummy terima tu sebagai hadiah. Hehe. Pastu kat ofis pun ada kek, pagi ni pun ade orang belanja breakfast nasi lemak, lagi sorang beli laksam heheheh. 

Bye!

p/s : Banyak gila entry dalam draf aku, semua halfway. Adoii -_____-

No comments: