Friday, 14 August 2015

Mudah lapar

Aku je ke semua breastfeeding mum memang selalu lapar? Hahaha. Sekarang ni memang makan menjadi jadi. Rasa lepas pantang hari tu dah ringan badan, sekarang rasa macam dah gems je. Nak makaaaaannn je pastu makan mesti banyak. Bertambah siap. Aduii.

Hari tu masa pot luck kat ofis pun orang lain dah menyandar kenyang, aku still angkut makanan lagi. Sampai ada yang cakap "amboii seleranya dia" hahha pastu ada akak sorang lagi cakap "makann je orang menyusu anak kecik memang selalu lapar, makan banyak banyak eh" krik krik krik.

Kat rumah pun even dah dinner ngan suami, kalau tidur lambat mesti gelisah nak cari sesuatu nak kunyah. Bahahha. Kadang suami tengok pun pelik "awk lapar ke yangg?" Hahha aku jawab takdelaa sambil mulut duk kunyah keropok ke biskut ke pffffttt. Macam manaaaa nii. Hari ni makan, besok janji nak diet, tapi hampeh la keinginan mengatasi semua kott. Harapan la diet, kalau berterusan gini makin gems la, masa preggy hari tu pun nafsu makan tak rupa gini. Sobs sobs.

Semalam pun nyaris merajuk ngan suami hahha. Ajak dia keluar, sebab since Danisy kena kuarantin ni kaki aku memang tak jejak tanah langsung so boringggggg, ajak suami gi beli aiskrim. Dia cakap jom, tapi jom tu sambil baring baring dan jom tu ibarat angin je la. Heh. Nak makan eskrim Magnum, limited edition Magnum white tu pun kita dah tryy. Wehehehe. Nampak gaya hari ni nak gi beli jugak la. Kihkih.

Semalam tak masak sebab ada ayam je semata, tak reti nak buat lauk apa. Sayur pun dah habis. Puas duk fikir, order Dominos delivery je la senang. Japgi suami balik kerja benda pertama dia buat dia gi angkat tudung saji. Bahahha. Tengok kosong dia gi jenguk dapur pulak kot ada atas dapur agaknya. Kau mampu tengok suami macam tu? Nampak la dia tu lapar kan, terus cakap ngan dia kita tak masak takde lauk ada ayam je, sayur takde cili habis. Dia macam tu la, bukan tau barang apa ada barang apa yillek, kena buat list, heret je dia gi kedai. Kalau tak mahu kosong peti ais, kosong barang kat dapur tu. Iskk. Bila cakap tak masak dia diam je la agaknya geram la kot aku tak pesan suruh beli apa apa pun time dia balik. Pastu tetiba pizza delivery sampai. Hahhaa i bukan isteri yang kejam pun, mesti cari juga penyelesaian dinner kita huhu. Suka lah makan pizza, japgi tengah malam lepas suami tak layan aku nak makan asikrim tu terpaksa la masak nasi, goreng ayam. Makan macam tu je tu pun kita dah siap masak dia cakap "Laaa sayang lapar lagi ke jom la kita beli kat luar" perghh perghh kenapa tak cakap esok je. Grrrr. Nasib tak nangis sebab lapar bahahha. Nampak betapa selalu laparnya aku sekarang, dah makan pizza pun still nak nasik. Tskkk.

Pesanan untuk suami, hari ni kita kena gi beli lauk, tak larat dah nak order pizza lagi hokeyyy. Balik kerja kang jangan mengada skodeng tudung saji, lempang tahu la. Hahhaha.

Nah belanja satu gambar ayam panggang suami makan berpinggan pinggan. Sedap lettewww. Hahahah bye!

No comments: