Wednesday, 12 August 2015

Campak

Hai. Lama tak update.

Ceritanya seminggu ni tak boleh masuk kerja, sebab kena babysit anak sendiri since dia disyaki kena campak. Uih disyaki gituu. Kesian Danisy.

Hari Jumaat lepas, dah ngam ngam dia 3 bulan tetiba malam tu badan dia panas, menggelabah la lap badan dia. Tapi dia tak melalak pun, chill je riang ria ajak daddy sembang. Tsk. Konpius jap aku. Esok tu cek temperature dia 37.9! Gtau suami, pastu dia suruh bersiap la nanti balik kerja nak terus gi klinik. Hahhaa elok gi klinik tu suhu badan dah drop pun, doktor kata takde demam. Takut doktor ke Danisy? Bahahah tapi Sabtu tu memang xgi mana pun, biar dia betul betul sihat.

Hari Ahad kitorang dapat 4 jemputan open house. Yahooo tak payah masak. Tengok temperature Danisy pun dah ok, dah normal macam hari hari lain maka boleh la bawak anak gi jalan kot. Eh kuat berjalan sungguh makpaknyeee. Gi Wangsa Maju pastu gi Putrajaya. Lagi 2 tempat tu tak pergi hihi. Lepas tu balik rumah, tapi still monitor temp dak kecik ni la, ok je dah tak demam.

Esoknya Isnin nak gi kerja tu dia bangun awal. Angkat gi depan pastu perasan kat tangan dia ada bintik-bintik. Sikit je. Ingatkan kena semut tak selak la dalam baju dia ke seluar ke. Gi hantar pengasuh pastu cakap kang tengahari nak bawak Danisy ni gi klinik, inject 3 bulan. Huhu.

Tengahari tu tengok eh banyak plak bintik kat tangan dia, pastu suami selak baju dia. Allah, penuh kat badan. Macam ruam gitu, kat kaki celah peha pun ada. Sampai tapak kaki, dekat muka ada sikit la. So doktor syak campak la,sebab sekarang area ni kes campak tengah naik. Aloo kecik kecik dah kena. Plus suami cakap masa gi open house kat Putrajaya semalam dia kata anak sepupu dia kena campak. Hewhew. Padan laaaa. Tapi Umi plak cakap dia memang dah nak kena la tu, tu yang dia demam dulu. Kat klinik tu kena ambik darah, pastu cucuk 3 bulan kena tangguh dulu ler sampai anak sihat. For the timebeing kena monitor la keadaan Danisy ni. Setakat ni ok kot, sebab dia tak tunjuk yang dia lemah, tak mau susu. Elok je main except masa nak tidur la dia gelisah sikit, gatal agaknyaa. So mommy kena excuse kerja dulu seminggu. Huhu

Semalam suami ajak gi Darul Syifa, mintak air tawar. Ustaz suruh maknye minum air tu sebab breastfeed kan, pastu ustaz dah tiup tiup si kecik ni. Takpela ikhtiar mana yang boleh. Pastu Ustaz cakap cari daun semambu, buat mandi dia tapi mana aku nak cari daun tuuu kenal pun idokkk. Huwaaaa. Suami kata nak try tanya kawan kawan dia.

Semoga Danisy cepat baik campaknyaaa. Mommy xleh tengok awak gelisahh je time nak tidoo. Sakitnyaa tuh disini. Huhu

Bye



No comments: