Saturday, 15 August 2015

Buat Biskut

Hikhik. Baru lepas buat biskut cornflakes rayaa. Raya dah nak habis aku baru nak berjuang buat biskut. Motif sangat. Sebenarnya saja, dah lama kot tak buat rasa macam nak makan biskut buatan sendiri. Hehe. Gigihla bakar biskut sambil jenguk anak yang awalnya main ngan daddy last last daddy tewas lalu kroh kroh. Pffttt. Saje je dia ni, tetiba awal pulak ngantuk time kita suruh main ngan anak, nak kejutkan memang tak la, lagi pulak dia kerojee esoknyaaa ishhh. Saboo je la.

Petang tadi gi beli barang, patblas kali jugak la pusing rak yang letak cornflakes, tepung tu laki asyik duk ngikuttt je vontot bini dia ni. Mesti dia takut i amik ajinomoto bahaha. Tapi kalau amik pun laju laju cover ngan barang lain. Kihkih. Derhaka sungguh. Dah amik barang nak buat biskut tu dia cakap 'haaa ada la tu projek dia, nak buat apa pulak kali ni' ehh suka hati la! Haha

Malam ni pulak suami request mi goreng je, so senang ler keje mak. Settle makan, lepak jap sementara Danisy tido, tup tup dia dah bangun, satu plan pun tak jalan lagi huwaaa. Ingat nak buat esok je tapi duk fikir fikir esok nak gi open house lagi (Danisy dah baik campak dia) pastu nak masak lagi mesti kalut. Better buat jugak malam ni lagipun suami ada boleh timang timang anak dia tu walaupunnnn.... mak jugak yang timang akhirnya. Sambil mata duk jeling jeling usha biskut risau hangus. Hehe

Sukaaaa tau dapat satu balang besar plus satu balang kecik tu pun biskut dah rupa monster, sebab besar besar dek kerana tuan kecik dah memanggil manggil. Iskkk. Tapi takpela, iols je nak makan punnn. Takleh berseni sangat bila ada baby ni. Kau mampu dengar dia melalak mengada ngada? Errr. Dah siap siap tu, bekas semua campak dulu dalam sink esok je la basuh. Simpan biskut siap siap pastu usung anak masuk bilik. Sleep time pulokk. Laki plak kita biarkan dia terbongkang depan tv sana, family planning hahhah. -____-

Aku memang suka biskut raya, pernah dulu gi raya rumah orang dengan tak malunya tinggalkan balang kosong je kat rumah orang. Balik cerita kat Umi konon hebat gila aku makan banyak sekali kena bebel kemain panjangg. Dasar tak malu haha. Pastu dah besar sikit belajar buat biskut sendiri hihi. Selalu buat biskut ngan Along kat rumah aku la sakit hati sebab dia tukang terap, picit kuih je yang lain tu bakar basuh kemas semua kije aku. Iskk. Suami pulak baru discover yang aku ni suka biskut raya. Yela, belum raya lagi hari tu dah dua balang aku makan hihi. Pastu bila raya je dia yang sibuk tunjuk segala jenis biskut kat bini dia ni.

Eh dah la terpanjang pulak. Anak dah lena, nak kejutkan suami pulak. Tak mau jadi isteri durhakaa wahwahwah. Genait, bye!

No comments: