Friday, 31 July 2015

Selamat Setahun

Wuhuu dah setahun kahwin harini. Cepat masa berlalu. Rasa baru je intern kat Maybank pastu boipren datang buat surprise pastu lepak makan Old Town Bangsar sana. Hari ni dah siap ada anak okey. Pantas betul kihkih.

Dari awal minggu ni suami duk bisik tepi telinga ni cakap pasal hari anniversary. Ingatkan dia lupa hehe. Sibuk tanya nak hadiah apa, nak makan kat mana. Aku buat derk je malas nak layan. Huhu. Kang mintak merapu rapu baru tau langit tinggi ke rendah. Bukan dia tak tau perangai bini dia camne, kata dah setahun dengar kentut masing masing hahahha.

Semalam dia keluar futsal, dah cakap ngan dia takmau surprise ehhh dia pun kata takde tak plan apa pun. Pastu dia balik before 12, sembang kejap dia ucap "happy anniversary sayang" amboi. Bini jeling je hahha sape la tak romantik sekarang ni. Baru setahun kot. Iskk. Sebenarnya aku kan jenis emo, nak wish tu banyak tapi malu kalau ternangis. Hahah. Cuma cakap tenkiu sebab jaga i sayang i tu pun dah rasa sebak. Apeee laa.

"Susah tak jaga bini sorang ni?"
"Haha susah jugak. Eh gurau je tapi ok la sejak ada anak ni nampak matang sikit, merajuk pun dah kurang"

Ehh itu je point dia. Memang pun sebenarnya dah malas nak merajuk haha. Terautomatik jadi macam tu mungkin sebab dah ada Danisy jadi tempat mengadu kot bahahaha.

"Sorry takde buat surprise apa apa, so nak apa untuk anniversary ni?"
"Hmm tak nak apa apa *rugi betul*. Harap awak jadi suami yang baik, bapak yang baik, basuh berak anak, mandikan anak bla bla bla"
"Barang la barang. Nak barang apa"
"Tak ade kehendak la sekarang"
"Handbag?"
"Xnakkk"

*diam*

Hahha eh entah kenapa berat betul mulut ni cakap nak itu ini hahha. Orang dah offer aku selalu taknak pastu esok akh terkenang kenang la pastu cakap dalam hati suami tak sayang, hadiah pun takde bahahha. Perangai apa laa.

Apa pun, selamat setahun suami! Ailebyu. Tahun ni hadiahnya Danisy tau, please dont expect another human as present lagi tahun depan. Kahkah. Muah ciked.

Weekend esok i belanja makan kat dua openhouse ok? Haha #cheapskate

Bye =)

No comments: