Sunday, 26 July 2015

Raya 2015

Selamat Hari Raya!

Hihi raya pertama kali as laki bini, pakej lengkap dengan baby terus. Bahaha. Tahun lepas busy sebab nak kahwin raya ke 4 tu, tahun ni busy bersilat ngan anak. Bahahah. Termakbul la cita cita suami nak bayar zakat untuk 3 org terus tu. Alhamdulillah =)

Raya tahun ni, suami dah cop dulu dulu lagi nak raya rumah dia. Kata isteri solehah, terpaksa la kita turutkannn dengan syarat nak beg raya namblas bijik. Kehkeh. Sebab takmau isteri duka lara sebab kena raya rumah dia, masa time balik kampung tu singgah rumah kita dulu, sahur, tidur sana dah petang sket baru balik berbuka kat rumah dia. Gituu. Sebab balik pun dah hari last Ramadhonnnn kannn. Berbuka hari last tu gather ramai ramai kat pizza je pastu Abah kita ngn adik pun join jugak sementara nak tunggu ambik adik lagi sorang kat airport malam tu.

Malam raya kat rumah mertua, lupa dah buat apa. Ohh. Suami duk bakar satay ngan adik ipar, kita tukang makan je la. Pastu suami kemas rumah, isteri relaks je la sambil pujuk anak suruh tidur. Dah siap kemas tu dia tengok anak tak tidur, dia minta nak jaga pastu bolehla kita gi dapur kemas kemas mana yang boleh. Belum start masak ke apa pun, siap kemas satu benda je anak dah tantrum, nak tidur la tu, almost 2 am kot masa tu. Dah masuk bilik tidurkan anak, sekali ngan aku la terlena. Dasarrr menantuu apa tah bahahha tapi Danisy memang macam tu kalau tidur malam atas katil kita nak bangun je dia dah ek ek. So tahun ni boleh excuse la hahha. Tahu tahu je hidung kita bau rendang dah. Opss dah pagi rupanyaa Umi mertua dah start masak. Kihkih. Untung la dapat mertua yang memahami, anak melalak kang dia suruh la aku jaga anak dulu. Tahun depan takde escape dah kot.

Hari Raya tu tolong tolong tengokkan apa yang patut (tengokkan je) pastu siap siap kan suami, siap siap kan anak. Iols tak gi sembahyang raya pun huhu. Bila semua dah ada tu kita makan makan dulu pastu mula la sesi salam menyalam. Minta maaf mana yang tersilap yang terkasar yang tersiku dan ter ter ter sebagainya lah. Sesi kumpul duit raya start la, biarpun anak je yang dapat duit raya. Kikiki.

Lepas sembahyang Jumaat tu, Abah kata nak gerak gi rumah kaum kerabat. Amboii bukan main banyak rumah kena singgah. Danisy baru je nak lelap dalam kereta dah kena turun rumah orang tu orang ni. Raya style family kita, selalunya orang yang datang rumah. So kitorang takde gerak jalan sangat, tau tau jalan balik Kuantan je. Tapi family suami ni memang seluruh family dia lawat kihkih. Sampai ke malam, penat uols. Anak pun dah slow slow nak meragam yela sebab tidur dia the whole day tu terkacau dah. Huhu. Tapi lawatan sesi malam tu dah dibatalkan la sebab semua dah letih. Balik rumah, rehat jap. Keluar merempit ngan suami. Anak kita tinggal suruh Aki dia jaga. Haha. Malam tu Danisy meragam la mungkin letih kot siang je berjalan sangat. Tapi takpe yang penting berbaloii. Haha Dasar mak tamak.

Baru kita tau penat beraya. Sebelum ni pagi je beraya, petang tu dah terbongkang. Hahah. Raya kedua sebelum balik rumah kita tu sempat gi 3 open house. Wehhh raya ni memang beriya betul aku makan. Semua rumah yang hidang nasi kita belasah je walaupun baru lepas makan kat rumah sebelumnya. Baru nak dapat berat idaman pas beranak tapi macam tak berjaya dah mungkin dah topup balik 2 3 kilo? Huwaaa. Dilema wanita sungguh.

Petang raya kedua kat rumah kita pastu raya ketiga bersilat kat dapur ngn Umi sebab ada guest nak datang. Hari Rabu, raya ke 6 dah balik semula ke KL sebab suami start keje hari Khamis dan kita plak start kerja Jumaat. Macam tu je la raya iols tahun ni. Hehhe. Kalau ada rezeki beraya lagi tahun depan mungkin sedap sikit nak jalan kot sebab Danisy pun dah besar. Gituuu.

Byeee. Salam maaf zahir & batin.

No comments: