Tuesday, 14 July 2015

Persiapan Raya

Hehe. Dari minggu lepas lagi suami cakap "minggu ni kita settle semua barang raya, sebab nnt last week before raya sure ramai orang" tapi macam prev entry hari tu la, xmampu nak settlekan pun since Danisy meragam hahaha. Jadi kita cuba lagi Sabtu ngn Ahad lepas.

Hari Sabtu, suami balik kerja dia rest kejap pastu siap siap keluar gi IOI City Mall. Dalam kepala kita dah fikir, tempat tu dah la besar, mati la Danisy buat hal rimas ramai orang. Mula mula tu ok lagi la dia duk dalam stroller, sempat masuk few outlet tapi mampu tengok je dulu, nak pilih pilih memang tak la, big boss garang ada dalam stroller dia. Cukup time, dia meragam. Laju laju cari tempat duduk, pastu bf dia dulu. Sementara tgu susukan dia, suami kata bia dia gi cari baju dia dulu la japgi dia jaga anak, iols plak shopping. Sobs. Terpaksa la membawa haluan sendiri, takleh la tanya "cantik tak? Sesuai tak ngn saya?" Bahaha. Padan muka.

Tunggu punya tunggu, lama pulak laki kita shopping. Kemainnn. Tapi at least dia sempat grab beberapa helai baju. Settle his part. My part, sebab dah malam dan pernah sekali experienced Danisy mengamuk sampai ke rumah, kita dah takut nak keluar malam. Hahha. Cakap ngn suami, kita balik dulu la esok pagi pagi kul 10 kita datang tunggu kedai bukak. Ye ye la aku tu. =.= Balik tu singgah beli fastfood je pastu balik rumah goreng mi je. Hihi.

Malam tu fikir nak gi mana esok. Memula ingat nak gi IOI tu lagi tapi tetiba rasa nak gi The Mines je cari baju kurung, baju melayu suami. Plan memang nak jahit je sebenarnya tapi tau la kan aritu abis pantang terus masuk bulan puasa, mana sempat nak cari kain, mana sempat nak suruh Umi jahit. Huhu. Takde la kita berdua nak matchy matchy sangat tahun ni ye, walaupun first time raya together ni. Sobs. Konon set nak gi The Mines la, sekali bangun pagi esok tu, ajak suami gi Jusco je pulak. Kihkih sukaaaa tukar fikirann. Gi Jusco pun senang gak, one stop. Hehe.

Sampai Jusco, letak Danisy dalam stroller tapi macam biasa la tak tidur, pastu jalan2 tengok barang pastu dia ek ek mintak susu. Susu kejap pastu terfikir kalau macam ni memang tak membeli jugak la hari ni. Teringat malam sebelum tu kita ada google 'how to let baby sleeps in stroller' tadaaa! Dia dah kenyang tu, letak balik dalam stroller, pastu tutup stroller dia ngn kain so dia tak la liar matanya tengok keliling. And it works! Danisy tidur yuhuuu, bolehla kita shopping. Lama gak la dia tidur, sempat suami keluar masuk fitting room. Pastu dia terjaga, bagi susu jap, sambung tdo balik. Perghh baik gila hari tu hahha. Boleh kata most of the time kat Jusco hari tu dia tidur je dalam stroller. Hahah, settle semua alhamdulillah. Sempat belikan few barang untuk family jugak. Thanks suami! Mihihi.

 Ok baju raya we ols settle, suami tanya nak ke mana pulak. Kita jawab nak sambung beli baju anak. Hari tu dah beli 2 pasang ni nak tambah. Sebab anak behave, sekali ngan suami rembat 2 helai lagi untuk anak, kita ambik lagi 2 jugak. Meriahhh la raya Danisy, baju mommy pun sepasang je tahu? Oh ya, Danisy tidur sampai ke rumah, time dukung dia nak masuk rumah tu kemain lagi menempek je kat bahu. Apa hajat tah budak kecik tu baik sangat hahahha.

Balik rumah suami tengok kita susun baju anak dia geleng kepala. Banyak rupanya. Hahahha. Baru tahu kegilaan mak mak. Yang penting semua dah selesai. Cukup la untuk raya this year. Mana yang boleh pakai lagi kita pakai je tak payah beli, simpan duit balik kampung pulak, takkan nak ikut orang tu suruh jimat tak payah balik kampung. Iskk tak tau la waras ke tak. Hahah.

Buka puasa kat luar semalam pun elok je Danisy tidur dalam stroller. Terus rasa berbunga je makan suap suap ngan suami hahaha. Pastu suami puji "bijak idea awak suruh cover ngan kain, elok dia tidur" bahahhaha i google je u. Haha sebenarnya pun ada cerita di sebalik stroller budak kecik tu but nanti la kalau rajin. Hihi!


Besok dah nak balik kampung, be safe everyone!

Bye :)

No comments: