Wednesday, 8 July 2015

Nak dekat raya

Hai.

Dah nak hujung2 puasa ni baru boleh masak untuk suami. 3 hari lepas dia request nak makan nasi ayam, pastu semalam masakkan ikan 3 rasa, hari ni dia mintak ikan panggang cicah air asam pulak. Layankann. Asalkan dia ada idea, kita tak payah pening fikir nak masak apa.

Alhamdulillah jugak sebab so far takde masalah nak masak even ada baby. Petang je lena la Danisy tido, kita masak laju laju. Ngam ngam siap masak dia dah bangun lepas tu kita mandikan dia, main main kejap takpun kadang tu suami yang layan dia, japgi nak berbuka dia dah nak tido balik. Ni pun dia tengah tido lagi dari Maghrib tadi. Hewhew.

Ahad lepas suami ajak gi PICC sebab ada warehouse sale metropoint kan, dalam kereta tu si kecik dah tido bila sampai je dia bangun. Suami kata takpela dia dukung je, malas nak tolak stroller. Kejap je pusing, Danisy start tantrum. Hahha masa tu kita duk belek2 baju lagi, buat derk je kat anak. Suami yang pujuk dia. Last2 xtahan dia bagi kita dukung, dia cakap nak ambik stroller, letih dukung anak. Bahaha. Since Danisy dah nangis, kita bagitau suami suruh dia cari satu spot, nak duduk susukan budak kecik tu sementara dia gi ambik stroller. Danisy memang pandai dah sekarang, sebelum ni bila nak keluar je kita pam dulu susu, dia minum la dari botol. Tapi sekarang dia memang refuse, tak mau botol langsung. Runsing dah, tu bukan susu formula kot, macam mana tah nanti nak duk ngan nanny. Mertua kita dah suruh slow2 ajar dia susu formula, since nak kerja tak lama lagi. Niat hati memang nak exclusive breastfeeding at least 6 bulan, tapi hmm Umi cakap memang la kita pam, tapi nanti bagi dekat pengasuh kita taktau macam mana dorang handle susu tu. I am confused. Rasa macam sedih pulak la kan, paling koman pun kita nak 6 bulannnn tu je. Sobss. Dah mengarut masuk bab lain. Balik cerita tadi, tengah susu tu dia tido, so suami datang bawak stroller, kita suruh suami angkat dia letak dalam tu. Angkat je, dia terus bukak mata but ok la sebab dia dah calm sikit. Dia takmau tidur pulak dalam stroller. Iskkk. Konon nak sambung shopping la, pilih punya pilih, agaknya Danisy rimas ramai orang, dia tantrum lagi. Hoii cemana nak beli baju raya. Hahha. Stop jap Danisy dah bangun. Pukul 10.45pm

Sambung tulis entry ni jam 12.50am. Gigih sgt.

Kat mana kita ehh. Ok, sebab anak dah tantrum, suami kata capai je mana mana nak, kita gi bayar pastu balik terus. Bahahha. Adoii. Macam ni la shopping ngan baby rupanyaaa. Pastu mertua call tanya baju raya dah ada ke? Kita jawab, tak raya la tahun ni anak tak bagi mak pak shopping. Kuikui. Hahha memang sampai hari ni kitorang belum ada baju raya macam aku plan. Hoihhh takpelaa, cukup la anak je ada baju raya, mak pak redhaaa. Sampai kita cakap ngan suami, pasni nak plan leklok la kalau nak anak lagi, takmau beranak nak dekat raya, susah nak shopping hahhaa. Kena plan at least bulan puasa tu anak dah umur 7-8 bulan gituuu. Kahkah. *yelatu*

Rasanya kami laki bini takde baju raya la tahun ni. Hahha. Raya pertama as husband wife yang kelam kabut, yelaa raya pertama sebagai laki bini, sebagai parents pulak. Rezeki sungguh. Alhamdulillahh :) haha pastu pulak suami baru tahu yang kita ni hantu biskut rayaa, belum habis puasa dah habis satu bekas almond london kita telan. Pastu dia siap nak belikan bahan lagi, nak suruh kita buat biskut sendiri. Memang takk laa, tak pasal2 biskut hangus melayan anak kecik. Bahahhaa.

Nak tidur dah, si kecik mintak peluk. Skrg dah konfius nak peluk sape. Bahaha. Dedua hero kurang kasih sayang. Eh?

Byee

Oh ya harini budak kecik dah genap 2 bulan, alhamdulillahhhh :)

No comments: