Tuesday, 28 July 2015

Kejar masa

Rasa masa sekarang makin singkat. Bukan berjalan, dah terbang agaknya haha. Tambah pulak sekarang dah balik kerja, memang aku berlumba la ngn masa.

Balik kerja laju laju gi pick up baby. Balik pulak on time weh haha kalau boleh takmau lebih seminit dua pun. Cukup time je angkat bontot, blah. Sampai rumah, bersilat kat dapur sementara Danisy main ngn bapaknya. Siap2 solat maghrib, makan pastu tidokan si kecik tu sebab dah merengek.

Anak dah tidur, kita kemas dapur. Kemas peti ais, siang ikan ayam etc etc kalau beli hari tu. Sumbat baju kotor masuk mesin basuh. Siap siap tu lari masuk bilik air, mandi sambil sental bilik air pulak. Siap mandi sembahyang semua ambik baju plak nak iron. Kadang break kejap pam susu anak sementara dia tido.

Semalam masa tengah iron baju tetiba suami datang dekat "dah la tu, rehat dulu dari tadi tak berhenti". Kita jawab "sementara anak tido ni je la masa nk buat kerja, nak kemas, lipat baju japgi" pastu suami geleng geleng kepala. Baju dalam beg time balik raya hari tu belum unpack ok. Pening pale mak. Siap siap nk settle baju, Danisy dah ek ek ek mintak nak bangun. Lapar la kot. Dan dannnnn je kita siap kerja dia bangun, tu pun belum lagi masuk bilik, kemas kemas japgi nak tido kann. *nangis*

Suruh suami layan anak jap, kita settlekan bilik pulak. Kalau tangguh kerja hari ni besok menggunung pulak kerja tskk. Sabo je la. Amik anak, susukan. Dia takmauu tido pulakk, mata mak dah berbeg beg lah anak oii. Last last tido pukul brape pun tak tau. Pagi pagi dah terjaga, slow je bangun masuk bilik air, pastu dengar Danisy pun bangun jugak. Bahahhaa. Siap siap semua terkejar kejar pastu hantar anak gi Nanny pastu kita masuk ofis. Blerghh.

Masa mana masa? Masa untuk diri sendiri pun takde dahh tauuu.

Baca semula dari atas. Rutin yang sama tiap hari. Haahaha. *nangis dalam hati* kalau penat sangat aku diam. Hahaa paham paham lah.

Bye

No comments: