Monday, 27 July 2015

Hantar Anak kat Nanny

Kita dah start kerja since Jumaat hari tu. Saje la masuk Jumaat sebab kasi chance Danisy belajar duk ngan nanny dia sehari. Hihi

Malam tu bawak dia gi rumah nanny dulu, berkenalan sket. Sampai situ elok dia terus lentok atas riba kita. Amboi, selesa sangat ke? Dah settle bincang itu ini, balik rumah. Cakap ngan Danisy, "mommy dh nak start work esok ni, awak tido awal ok". Memang awal la dia tido malam tu, balik dari rumah nanny tu lemau je pastu terus tido. Baik angat, paham mami dia nak work kot. Heheh.

Pastu drama tak berbayar start. Masuk bilik, ambil beg anak, pack baju baju dia, pampers etc etc. Pastu cakap ngn suami;

"rasa sedih la nak kena hantar anak kat orang" *mata dah bergenang*

"Start dahhh..sabarla kita hantar gi kerja je kann, ptg kita ambil dia balik"

Banjir terus. Hahhaa. Menangis mak nak hantar anak. Suami pulak nak menyakatttt je. Dari awal lagi dia dukk sakat aku, "japg anak tak nangis mak yang nangis" duk bisik benda sama kat telinga ni. Hahaha. Sebenarnya kita sendiri yang buat diri sendiri sedih. 'Hm esok orang lain yang belai anak, orang lain yang mandikan anak, orang lain yang susukan anakk' huwaaa sambung nangis. Bahahaha. Emosi sungguh. Ehh perasaan tu lain macam rupanyaa, awalnya Umi Umi (mak & mertua) kita yang minta nak jagakan si Danisy tu tapi suami tak setuju pulak sebab jauh kat Terengganu tu kang aku mintak balik setiap minggu masak la dia. Bahahah. Ni tinggal dekat rumah pun menangis takleh blah basah habis baju dengan air mata air hidung bagai. Hahha

Sebab hantar Danisy hari Jumaat, tengahari tu gi melawat dia kejap sebab rumah nanny tu dekat je punnn =p masa pergi tu Danisy mamai mamai baru bangun tido. Rasaaa nak pelukkk kuat kuat rindu sangat. Hahah melampau. Nanny cakap Danisy baik je, tak nangis pun, tido ajee. Hemm hemm. Lepas susukan Danisy, kita nak gerak gi kerja tu Danisy pandang je. Eh terus rasa nk berhenti kerja tau, sebab tak tahan la tengok pandangan sayu dia. Haha! Habis je ofis hour laju laju gi amik anak. Pastu belai sungguh sungguh. Malam tu anak hadiahkan mak penderaan mental---dia tidur pukul 2 pagi. Hahaha padan muka aku. Kira ok la first day Danisy successful. Hari ni tak tau la cemane. Huhu. Nanny pun update je kita selalu, dah susu ke dah mandi ke. Huhu

Semalam dia meragam sikit, tak mau berenggang. Bangun gi toilet kejap pun dia nangis. Terkebil kebil bapaknya tepuk anak. Ahhaha. Pastu bangun Subuh tadi pun dia terus bangun sekali. Adoii rindu lah.

Bang, berenti kerja boleh? Hahahha

Bye

No comments: