Thursday, 2 July 2015

Hai

Haih. Lama gila tak update blog sampai suami cakap semalam "blog dah lama tak update eh" hahhaha rindu ke nak baca kita merepek sini. Hihi

Sebenarnya ada je entry yang dah siap karang tapi buat jeruk dulu dekat draft, sebab minta suami approve dulu entry pengalaman bersalin hari tu, tapi dia tak layan kita. Iskk. Tengok la nanti kalau ok, takde censored kita publish la kalau tak kita perap je pastu boleh panggang la kot? Eh.

Dah dekat seminggu jugak balik ke bawah ketiak suami, suppose start kerja next week tapi nak extend sampai raya. Tapi haritu suami bila cakap pasal pengasuh budak, suami keluar soalan ni, "sayang nak kerja tak?" Iols terkedu jap tapi jawab camni, nak laaa tapi lepas raya pastu dia pun macam ohhh okayy. Sebenarnya kita macam paham soalan dia tu macam nak tanya if kita nak kerja or nak duk rumah je jaga anak. Bahahha. Pastu tak sebut dah hal tu. Kalau suami prefer i stay home, i ikut je dengan gembira tapi kan sebenarnya bosan gak duk rumah. Sebab anak kerjanya tido je kot hihihi. Ajak bersembang pun dia tak paham hahha.

Tujuan balik kat suami ni sebab yelaa ni kan first ramadhan as suami isteri, nak jugak rasa sahur ngn laki, masak buka untuk dia. Tapi buat masa sekarang takde yeee, bukan sebab anak meragam tapi sebab dah 5 hari takde air. Pftttttt. Semua makanan beli je. Pastu geram betul nak kemas rumah nak bersih dapur, nak tenyeh bilik air memang takde mood la bila takde air ni. Adui. Memang huru hara rumah kita sekarang ni. Hmmm. Suami cakap kalau weekend ni still takde air, dia ajak balik kampung semula. Huwaaa nak beli baju rayaaaaa.

Semalam lepak lepak ngan suami depan tv pastu dia cakap "sayang buat la list, nak beli apa untuk raya" ehhh kita kalau bab listing ni terror. Dari baring terus meniarap mengadap suami sambil sengih sengih. Hehhe. Bersinar sinar rasa dunia bahhaha. "Emm raya ni nak jimat, tak beli yang mengarut dah" Pastu suami jawab "Tak boleh pakai yangg, japgi bagitau saya dah order beg, saya dah order baju" Menganjing lahaiii laki aku. Tapi tak tau pun nak beli apa, kita tak kisah raya sederhana je. Tanya suami pun baju dia nak beli mana dia jawab "downtown je" iskkk.   Tak kira raya tak kira apa, jenis suami yang belasah je apa apa macam tu la. Takpe la mana mana pun, ingat nak ajak dia gi warehouse sale je weekend ni. Huhu. Hopefully Danisy tu behave la, dah dua kali bawak dia buka puasa kat luar, ok je tapi nangis sebab nak tidur pastu tak mau susu botol tapi nak direct source. Nasib ada nursing cover! Lepas tu 2 hari lepas bawak dia keluar gi Giant jap beli barang, elok je duk dalam stroller tapi dah nak balik tu mengamuk jugak sebab dah kacau waktu tidur dia. Menggelabah mak pak dia. Bahahhaha.

Aihh. Bila la nak ada air ni. Stress betul. Pinggan tak cuci, baju dah menimbun tak basuh. Nak mop lantai pun takleh lagi ni. Hmmmm. Sakit hati kita wakk.

Sekian merapu, bye.

Belanja gambar Danisy la seketul, gigih bapaknya pegang phone sambil mengadap anak yang baru nak terlena sebab nak snap gambar dia senyum kat kawan dia. Haha! Boleh la daddy oiii.

No comments: