Thursday, 30 July 2015

Cadar Hello Kitty

Kita suka tengok kecomelan Hello Kitty, sejak bila pun tak tau tapi tak la fanatik semua nak beli HK punya barang, mahal kot! Sebab trademark la ek. Tapi ada la beli barang HK kat kedai RM2 gitu, pencil case, botol air bahaha. Itu makcik mampu laaa. Baju tidur HK ngan tshirt pun ada hahhaa perangai bajet comel ke mende.

Tapi kegilaan tu tak la over sebab macam makin pudar je tapi setiap kali keluar ngan suami pastu jumpa barang HK mesti dia tarik aku 'tu helo kiti awak'. Ciss. Tapi HK ni memang selalu buat kita senyum. Haha melampau sangat.

Haritu duk ralit online tetiba tengok ada deal cadar Hello Kitty. Woii ni malas duk sorang pastu ada internet laju je segala website yang menjual tu aku gi click. Ushaa je tengok design pastu cuba cuba isi form nak beli. Bahahhaa cuba cuba tu tak tahannya dan pastu tup, terbeli. Terrrr okayyy. Terrr. Pastu senyum sorang buang tabiat. Gi ngendeng kat suami bagitau "eh kita order barangg, ce teka. Barang tu saya suka, tak sabarnyaa tunggu sampai". Suami jawab "selalu macam tu, dah beli baru nak bagitau" Sambil geleng geleng kepala. Duhh. Hahaha. Kadang dia tak tau pun aku membeli sekali dia dapat call suh amik barang, sebab memang letak nama dia pun kahkah. Tapi sekarang if barang sampai atas nama dia sure recep call aku je suruh amik. Hahaaha

Pastu bagitau suami kita beli cadar HK lagi la dia geleng kepala. Kebetulan barang sampa time kita tengah pantang kat kampung, alahai rasa tak sabar nak balik pasang. Balik KL je esoknya terus tukar cadar pasang cadar baru. Hahhaha suka sangattt. Upload kat wechat, sekali kakak kita pun terjebak sama, mintak tolong orderkan hihii. Bila Along dah dapat tu dia cakap Banana excited gila tengok HK tu siap mintak ngan mama dia nak tidur terus. Hahaha

Hahah macam tu la ceritanya. Sejak jadi bini orang ni memang suka cadar la comforter la, suka nengok. Hari tu cakap ngan suami, nak beli pinggan mangkuk baru tapi bukan Corelle laaa hahhaha tak mamfuuu lagii. Lagipun dia cakap, "eleh perempuan macam tu la dah beli pastu simpan je time bila nak guna pun tak tau la"

True baby! Hahhaha

Bye.

No comments: