Saturday, 2 May 2015

Hampir 40 minggu

Dah balik kampung since hari Khamis lagi, tapi sampai hari ni still belum ada tanda si kecik dalam perut ni nak keluar. Tskk. Due in few more days, tapi alahaii kan dah nak masuk 40weeks ni. Lamanyaa awak kat dalam. Hahha dah la maknye start amik cuti rehat since last week, bapaknya pun khamis dah cuti, hari ni pun cuti. Aiyoo konon target baby keluar dalam weekend ni la. Tapi apakan daya, esok suruh suami balik KL dulu la. Sian dia. Huahuahua. Umi ngn Along takde plak jenis mengandung sampai 40weeks ni. Aku? Hmm hmm hahaha. Sabar je laaaa T_T ingat hari ni nak pergi kenduri kawan tapi mak mertua tak bagi dahhh, takut apa apa jadi.

Final cravings tu dah melampau jugak haha sebab since balik Ganu ni memang tekak makin la ngada. Khamis pagi tu pukul 5.30 pagi dah gerak dari KL sebab suami nak kejar nasi dagang untuk isteri. Boleh buat permintaan nasi dagang macam tu. Kalut suami jap. Ngam ngam pukul 10.30 pagi dah terpacak depan kedai nasi dagang pastu memang rezeki makyong la dapat nasi yang last dah. Yillek. Suami pun makan bihun je. Padan la sepanjang perjalanan tu kita cakap lapar dia brenti isi minyak je pastu beli makanan ringan. Baru ingat nak merajuk tapi tak jadi la sebab rupanya dia rushing nak gi kedai nasi dagang. Hahha. Esoknya jumaat Umi (mak mertua) masakkan nasi dagang pulak sebab nak bagi makan sampai puas. Beruntungg lahai cucu. Kahkah. I yang dapat faedahnya. Sebelum tu sempat balik Ajil kejap, makan nasi minyak Umi kita jugak. Gigih weh kejar makan je takut baby nak keluar dulu tapi sampai saat ni dia cool je lagi dalam ni, gane ni?

Lepas tu semalam heret suami membedal segala jenis celup tepung pulak. Tskkk. Redha je la weh. Rasanya dah takde kot nk makan apa apa. Haha cuma bangun pagi je rasa sedih sebab rasa normal je tak rasa tanda tanda apa pun lagi. Kita dah tak sabar niiii plus malas la susahkan suami ulang alik kang besok dia balik KL lusa kita sakit camne? Jenuhhh laa.

Babyyyyy, please find your nearest exit, sian bapak awak tuu :p

No comments: