Thursday, 2 April 2015

San Goku

Hari tu duk sorang sorang kat rumah masa suami keluar main bola. Lepas tu buka youtube, tengok tutorial lukis kening bahahha. Macam cantikk je kening lukis kan, tapi xcukur yang asal la. Nak jugak belajar. Belajar je la apply belum tentu. Kihkih

Esoknya gi Watson, beli satu eyebrow pensel jenama Sendayu Tinggi. Wahahha. Padah tengok video ST, so beli ST la kononnya. Hahha. Kalau tengok tutorial pakai eyebrow pensel jenama lain, sure kita beli jenama yang lain tu. Suami pandang je pastu dia tanya nak buat apa celak banyak banyak. Kita cakap la ni nak lukis kening la. Huhu. Sebenarnya dia memang tak setuju pun lukis kening whatevss ni tapi bila kita cakap tak cukur pun cuma nak bentukkan dengan celak je. So he is okayy. Tu pasal beli dulu baru bagitau, kalau bagitau dulu memang tak approve punn.

Balik rumah terus mengadap cermin. Sambil buka balik tutorial tu pastu mula la conteng kening sendiri. Bahahha. Pastu dah siap kita gelak sendiri sebab rasa muka nampak pelik pastu sebab kening kita dah tebal kot. Orang kening halus ni cantik la bentukkan. Hahah. Tunjuk kat suami, rasa diri ni dah macam shin chan. Huhu! Dia tak gelak, dia cakap 'sini kita bentukkan kening awak, mesti lawaaa punyaa'. Amboi dia punya excitedd. Pastu kita memula nak tunjuk la tutorial tu kat dia, dia punya berlagak tu mak aihh tak mau tengok tapi lepas tu dia hadap jugak sambil suruh kita baring, dia mekapkan. Hahahha. Ikut tutorial kot.

Lama jugak la dia buat kening kita, sebelah je pun. Tapi isteri ni dah rasa layuuuu mengantukk. Hahha. Tak lama lepas tu dia minta phone pastu snap.
Pastu dia hulur phone kat kita sambil cakap..

"Nah, San Goku" *muka tak bersalah langsung*

HAHAHHAHA. WEH TAK TAU LA NAK LEMPANG KE TAK SUAMI SENDIRI NI HUWAAAA.

Bye =)

No comments: