Wednesday, 15 April 2015

Mufin Pisang

Balik kerja macam biasala masak cincai cincai. Syukurla suami bukan jenis cerewet, masak apa pun okay, siap tanya lagi kalau kita ni letih ke nak dia tolong ke hihi. Lepas dah makan, kemas dapur, pastu masuk bilik. Mandi, solat lepas tu teringat dalam peti ada pisang. Pisang tu anak buah suami la yang bagi, dah selalu sangat dapat. Rezekii kann =). So decide la konon nak buat mufin. Hihi macam la pandaii khennnnn. Keluar ke ruang tv je tengok suami dah lentokk. Alahai kemain awal tido nye, letih kot dia memang selalu berjaga malam. Susah betul nak paksa tidur. Dah tu kita nak buat mufin ni sape nak jadi judge? Bahahhaha. Redah je la, buat jugakk.

Ni kali kedua buat mufin pisang, sebab dah taktau nak buat apa. Jemu dah buat jemput jemput pisang @ cekodok. Bahahha. Dari bancuh sampai la bakar, kembang hati tengok mufin kembang je dalam oven. Bila dah masak tu keluarkan je terus dia tak kembang dah hahah. Tapi bau wangi. Eceh. Sebelum apa apa, sendiri rasa dulu. Emm takla gebu mungkin sebab terlebih pisang kot, pastu kurang tepung haaha sebab gandum dah habis. Lantak la tapi rasa macam dah okay. Tak manis sangat. Kot. Haha jangan gelak tengok gambar mufin kita okayyy. Tumbuk kang.

Settle mufin tu, kejutkan suami. Ajak tido dalam bilik. Sempat dia jenguk dapur, pastu nampak mufin tu pastu dia tanya 'dah boleh makan ke tu' hahha. Tengah mamai kot tu. I konfius kejap. Mestila dah boleh makan, masak dah. Lepas tu dia menonong masuk bilik. Baring atas katil pastu cakap 'nak rasa satu'. Ehh lagi confuse dah. Mimpi ke? Berkali kali kita tanya balik 'apa?'. Pastu dia cakap 'nak rasa mufin awak tuuu' hahhahaha dalam mamai dia. Gi dapur, letak satu mufin dalam piring, bawak masuk bilik. Amboii raja sangat awak ye. Dia pun makan. Pastu cakap sedap. Hikhik. 'Nak lagi satu, ambik yang paling besar' awww berbunga hati isteri. Sedap la tu, bawakkan air siap siap masuk bilik. Sambil makan tu dia tanya, dapat berapa biji, kita cakap la 12. Pastu dia kata 'ni japgi tengah malam kang ada yang bangun gi makan lagi ni, sedaaappp'. Terus isteri tak boleh tidur rasa nak bawak masuk semua balance mufin tu mengadap dia hahahahha.

Allah. Dia ni manusia yang simple gila bab makanan. Semua pun sedap kahkah. Kadang kita pun confuse, betul ke sedapp. Haha. Berani kutuk? Mogok sebulan tak masuk dapur kang. Hari tu buat donat first time pun makan je. Even keras sikit, tapi dia buat jugak la dua ketul donat nutella dia hahha. Pastu puji puji 'untunggnya kita dapat bini rajin buat kuih' kekkekee. Hahah. Motif sangat laki aku ni, lempang laju laju tahu la!

Setakat hari ni ok la, semua kita masak semua dia telan. Ada hari tu je dia minta kita call umi dia sebab dia teringin nak makan ikan bakar air asam tapi kita tak reti kan, dia suruh call minta resepi. Hewhew. Besok pun dah request siap siap nak makan nasi minyakkk. Amboi. Hahaha.

Ok cukup dah merepek, jom tido.

Ps : Tadi g jumpa baby (scan), daddy kemain la kalau boleh every month nak ajak gi scan tengok anak dia. Iskk.

No comments: