Monday, 6 April 2015

Final Cravings #2 : Kari Daging

Jumaat haritu, balik kerja suami tanya nak gi mana. Kita fikir fikir macam malas je nak masak. Terus bagi idea nak makan chicken chop. Sebab sekarang malasnyaaa lahai nak masak. Jadi suami kan senang, tunggu isteri cakap je "jom, makanan dah siap" terus datang duduk mengadap lalu suap je. Bahahahha. Merungutttt ke? Hahhaha.

Tapi kan, idea kita nak makan chicken chop tu ditolak mentah mentah. Terus la spoil mood rasanyaa memikirkan kena balik bersilat kat dapur tu. Letihnyaaa.

"Xlarat la nak masak, saya nk goreng telur je la makan ngn kicap. Awak nak lauk apa?" *perasaan dah bercampur baur masa ni, nk tunjuk protes*

"Takpela, saya masak ehh. Balik ni awak baring je kat bilik, jangan keluar. Jangan tengok saya masak, tunggu saya panggil makan je" *amboi*

Muncungg je balik rumah, buka peti ais mata tetiba tengok satu plastik, hati dah senyum tapi buat buat tak nampak. Keluarkan ikan dan ayam dulu. Hihii. Pastu masak nasi sebab dia minta kita masak nasi je. Pastu sambung protes, baringg je lam bilik. Sakitnyaa tuh disini takleh makan chicken chop. Huwaaa. Tapi rasa macam kesian pulak kat laki duk bersilat sorang kat dapur.

Pastu saja la duk intai intai, kita ambil kuali, goreng telur pastu kata nak makan dulu. Dia dah lain macam la. Bukak peti ais tengok plastik tadi dah hilang. Puas la tunggu dia bagitau pasal tu tapi dia tak jugak bgtau. Tak tahan sangat kita tanya "mana kari daging tu? Tadi nampak dalam peti, sorok mana dah? Sini saya nak panaskan"

Dia tersenyum, "alaaa, dah tau keee..baru nak surprisekan binii" pastu bukak peti amik kari daging yang dia sorok tu suruh kita panaskan sendiri hahahahahah.

Hahah sebenarnya dari tadi since dia tolak cadangan makan chicken chop tu kita dah tauu. Dah dapat agak. Sebab sebelum ni memang pernah pesan kat dia, nak makan kari daging kedai wak tu. Dia gi hari Jumaat la biasanya huhu. Tak sangka pulak dia ingat sebab kita tak ingatkan pun. :') Hahha suami kita takat ni tak kejam macam tu la, tolak permintaan makan kita,  lagi lagi time preggy ni cakap je nak makan apa, dia manusia paling berusaha nak penuhkan permintaan kita bahahha. Sesuatu sangat kalau dia menolak tu.



Kari Daging -- CHECKED! yeayy alhamdulillahh. Happy wife happy life kannn..

Pastu Sabtu lepas family in law buat doa selamat, makan makan tapi kita tak balik pun. Suami ada bagitau nak balik tapi mak mertua tak bagi since kita pun dah sarat kan dia tak bagi jalan jauh jauh. Huhu. Sebab Abah tempah sate bagai kita pun teringin nak sate jugak pastu semalam heret suami makan Sate Kajang Haji Samuri. Hahah. Kan dah kata, macam makin bertambah je list makanan aku ni. Tapi takpela, bak kata mak mertua, makan je semuaaa dah nak dekat ni. Nanti siap la kena berpantang. Gaggagaga.

Bye =p

No comments: