Wednesday, 22 April 2015

Edisi Daging

Baru lepas masak. *lappeluh* Tunggu suami buat kerja jap pasni nak melantak la. Hihi. Dua hari lepas beli daging, sebenarnya suami dah lama juga berjampi tepi telinga ni, mintak kita masak daging tapi i tak kenpidennn laa. Lagipun nak siang tak pandai, nak masak takut terasa sangat kelembuan atau kedagingan nya. Haru!

Tapi taktau la cemana hari tu terbeli daging yang dah siap potong tu. Sebab nampak cantik je isi kann. Kikiki jadi kita tryyyy je la, muka pun dah macam hayam sebab hari hari makan hayam kot. Bahahha. Malam tu siap siap bersihkan, tanya Umi whether nak masak fresh ke nak rebus dulu. Umi kata kalau nak cepat empuk, rebus pun boleh. Besoknya masak sekejap je dah okayy. Gituu. So lepas bersilat potong daging tu sambil terbeliak mata cari urat yang betul, kita pun rebus dengan garam dan asam gelugur. Pastu fikir besoknya nak masak apa.

Esoknya dah plan nak masak merah je. Masak la dengan penuh kasih sayang *sangat* kebetulan half day pulak sebab gi check up kan, so bila suami balik tu apa lagi terfuyooo fuyoo la dia tengok daging yang dah siap masak.


Masa makan tu, tak berhenti la tanya. 'Ni masak apa? Masak macam mana? Letak apa? Bahan bahan dia apa? Google ke? Ke telefon Umi minta resepi?' Hahhahaha cakap je la sedapppp tak payah tanya banyak banyak kannn. Selalu bila tanya banyak tu sebab sedap la. Ehh pandai jugak kita masak daging merah ekk. *kembang sendiri* Kita pun rasa sedap jugekk, sama macam Umi masak kahkah. Padahal tak minta resepi pun, itu la faedah selalu tolong mak kot. Yeeee sangattt. Hahah

Malam ni tanya dia nak masak macam mana, so dia request daging masak kunyit. Nah hasilnyaa tunggu japg dia kompelin apa. Hahah


Pastu kan semalam masa golek golek nak tido dia tanya,

'Eh saya dah makin gemuk laa semua orang tegur. Bini yang pregnant, saya pun naik badan'

'HAHAHAHHAHA Ada la nampak naik sikit, support bini kan, besar sama sama hahha'

'Esok tak payah masak banyak la, bia tergantung je' *maksudnya nak makan lebih dah tak boleh, nasi habis bila nak tambah*

'Nanti tak cukup serba salah pulak saya nii'

'Haaa kes macam ni la, selalu bila saya nak tambah je awak suruh habiskan terus. Mana tak gemuk haihh'

HAHA. Macam mana ni?

Bye. Makan dulu.

No comments: