Tuesday, 17 March 2015

Settlekan baju baby

Semalam duk bermalas malas depan TV dengan suami tetiba dia bangun "sini saya basuh baju2 baby". Eh eh terus terkedu isteri. Apa hal dah laki aku nii. Suami terus masuk bilik baju, bakul kat sebelah pastu dia bukak semua tag baju baby. Letak lam bakul. Confuse jap kite. Mampu tengok je dari luar bilik. Hahahha. Pastu tersenyum sorang, masuk bilik sengeh sengeh depan dia tanya kenapa dia beria dah basuhkan baju anak. Dia jawab kalau kita basuh, kemain banyak letak sabun nanti, tak elok. Baju anak, dia yang basuhkan. Alahaiii alahaii. Pastu bawak bakul tu straight je g basuh. Isteri? Tengok je sambil tak tau nak respon macam mana. Tapi sempat gak cakap "satu cup tak cukup la sabun tu, lebih sikit" bahahhaha. Dia mengeluh "tu yang tak nak awak basuh tuu" foineee yanggg foineee. Sabun pun suami beli sabun khas baju baby tu. Aduyaii. -___-

So semalam dia settlekan semua, basuh dan jemur. Hahahha. Sampai mengadu sakit pinggang. Oo baru tau ye, sebelum ni saya buat laundry sampai la lipat baju takde pun merungut. Eh yeke. Hahah. Pastu jugak dua tiga hari ni dia dah pesan banyak kali jugak, tapi isteri belum buat buat jugak. "Yang, packing la barang awak sikit sikit dalam beg hospital nanti senang, letak la kain batik dua helai bla bla bla" amboiiii saje dia kan nak buat kita nervous. Pandai pulak suruh letak kain batik la itu la ini la. Kita baru 33weeks kott, masih boleh bermalasan lagi ni. Hihi. #isteridegil sudahnya nanti kita risau suami jugak yang packing barang isteri dia kangg. Lately mmg jadi suami misali sungguh. Jangan cakap ada udang sebalik mi eh. Tumbuk kang! =p

Barang baby kita dah prepare awal pun, start enam bulan kot, beli sikit sikit. Pastu borong semua dekat baby fair IDCC Shah Alam baru ni la. 2 hari lepas gi IOI City Mall pun tangan ni laju je grab baju anak, tapi laju lagi tangan si bapaknyee. "Cukup dulu, baju dah banyakk, beli benda lain" dushhh. Ok la beli yang lain. Mitten ngn booties pun jadi la. Huwaaa. Padahal dia jugak yang beria ajak kita masuk baby palace tu. Sekarang keluar je tempat first pegi mesti tempat baby. Kije dia tak settle lagi--stroller. Hahahha. Dah cakap ngan dia, awal lagi nak beli stroller bagai. Lekluuu. Kita sorong dalam troli Jusco je senang nanti hahahah. Pastu sekarang jugak dia dah start fikir fikir nama anak. Hari tu dia dah bagi satu nama, kita setuju je. Memang dah cakap ngan perut guna nama tu pun kadang dia still lagi "alamak nama x fikir lagi ni" ehhh. Tak paham laki aku ni kadang kadang.

Pejam celik tak lama lagi la kita nak masuk labour room. Sbb due awal May, ingat hujung April tu dah nak start nesting la. Gituu. Suami kata nanti balik Terengganu, tapi kalau baby insist nak keluar kat sini pun takpe la. Mana mana pun boleh asal selamat. Tapi kalau baby nak keluar kat sini, kena gi beli tilam lain la sebab kita belikan dia satu bantal je. Tilam tak beli sebab MIL dah belikan pun kat Terengganu tu. Pheww. Pastu kena request Umi datang sini jagakan kita sebelum balik sambung pantang kat sana. Tengok la macam mana. Indeed Allah is the best planner. Baby keluar kat Ganu je la okayy, senang semua kat sana. Tapi nak suami pun ada la. Huwwaaaa. *pujukanak*

Lately badan ada sikit sakit la, hahah. Sakit pinggang kadang sakit bontot. Kadang braxton hicks. Rasa teganggggg je perut nak jalan pun susah. Baring pun tak seronok sangat sebab senak je rasanya. Hahah. Tengah malam pun takleh tido sebab pedih ulu hati. Semua la. Besar pengorbanan mak ni kann. Uhuu =')

Dah la, sekarang nak lipat baju baju anak ni ha, kan ada yang balik tetiba buat kerja melipat pulak. Risau aku. Ops hari ni kita cutiiii mihihiii. Cuti sangat kannn. Nak kemaskan beg hospital skali barula balik nanti suami puji! Hihiihi

Bye!

No comments: