Wednesday, 4 March 2015

Selesema

Lama tak hapdet blog. Kehkeh. Masuk hari ni dah 3 hari selesema. Ni gara gara jangkit ngan suami la kot, ada satu malam tu dia takleh tido sebab hidung tersumbat. Besoknya terus kena kat kita. Berlarutan pulak tuu. Iskk. Mudah sangat la jangkit selesema sekarang, mungkin sebab antibodi badan tak kuat kot. Huhu.

Merana jugak tido takleh bernafas. Hahha. Pusing kanan kiri semua takleh last last duduk je menung atas katil. Bahahha. Give up la tak mau tido boleh? Hihi. Pastu besoknya tak berenti menguap kat ofis. Iskk.

Semalam masuk bilik awal sikit sebab ngantuk kot, suami masa tu kat bilik kerja dia lagi. Tak larat tunggu, sayup sayup je dengar dia tanya kita nak tido dah ke. Pastu terus shut down dah. Tau tau ada org datang peluk je. *muntoh*

Petang tadi balik kerja gi Jusco jap beli barang sikit. Suami ajak teman masuk Watsons. Tapi harapan la, kitorang memang jenis jalan macam tu. Masuk sekali tapi kang tak koser i ikut bontot dia, tau tau ilang hahahha. Selalu kita la yang hilang sebab tengah2 jalan je singgah sana sini. Bila jumpa balik suami dah geleng geleng kepala. Bahahha.

Pastu balik rumah je dia tunjuk Vicks dia beli. Alololo tak tahu pun dia beli.

"Ni beli untuk awak, kesian sangat selesema. Semalam masuk bilik risau tengok awak tido macam sesak nafas dah"

Huahua. Sweet angat aih. Hahaha padahal bini dia tido mampus kot semalam. Celah mana aku rasa sesak nafas pun tak tau la.
Suamiku encik perfect 10 ngat ngat tapi garang. Sikit la. Eh tegas kot. Hahhaha. Puii.

Bye dulu =)

No comments: