Friday, 20 March 2015

Paksa suami bawak bekal

Hari Jumaat hari yang gembira; bukanla kerana peristiwa semalam kahkah *joke* tapi sebab esok tak kerja la. Wehuuu. Sukasukasuka.

Takde kaitan. Sebenarnya kita ada buat puding roti, saje la baru belajar. Nampak resepi macam mudah je so buat la pastu menjadi pulak hihi. Semalam sebelum tido potong siap siap, letak dalam tupperware. 2 tupperware gitu, sebab dah plan satu nak suruh suami bawak yang lagi satu kita bawak. Tapi tak bagitau dia la. Hahahhaha.

Pagi tadi nak turun kereta tu baru cakap,

"kita asingkan puding ni dua bekas, awak bawak la satu eh, bagi dekat anak buah awak ke, tak payah bawak naik ofis la saya segan" *malu pulak takut kang tak sedap ke apa*

"Laaa..awak bawak je la masuk ofis. Dua dua tu" *macam terkejut je bila cakap kita bekalkan untuk dia kihkih*

"Alaa, ambik la satu nanti ni takde orang makan, tak habis kangg"

Dia jawab lagi.. "Habissss..bawaklaaa" Macam saje la nak bagi alasan tak mau ambik bekal kita tu. Oloh oloh. Pastu kite baru nak merajuk. "Yelaaaaaaaaaaaa...saje kaaaannnn, bia la tak nak punnn.......saya bawak laaa......"

"Ok, saya ambik"

Hahahhahahahah. Suka hati aku. Kahkah. "Takyah la bagi budak ofis, bagi kat budak2 production je" kita pesan. "Takpela kita buat naik ofis, kenapa nak bagi budak production pulakk". Hahhah lantak la yang penting dia sudi bawak bekal aku tu.

Kenapa lelaki ni susah sungguh nak suruh bawak bekal? Tak macho eh? Malu eh bawak puding isteri masak?? Hhahahahhaha.

Pastu kang dia wasap kata puding dah habis bagi budak ofis makan, dia pun makan sekali. Hahaha. Kena paksa dulu. Kalau tak, harammmmm.

No comments: