Tuesday, 10 March 2015

Adjust waktu tidur

Sekarang ni memang selalu tido lewat. Selagi belum pukul 12 malam mata memang tak pejam. Kadang pukul 10 tu dah ngantuk tapi tahann je pastu mula la takleh tido sampai sudah.

Minggu ni konon nak adjust waktu tido, nak tido awal sikit la konon sebab nanti anak dah keluar harus la tak boleh menikmati tido yang cantik aje patternnya. Bahahha. Tau tau kang sleepless night. Huwaa terpaksa bersedia la tu. Hihi

Rutin balik kerja je bersilat kat dapur, masak sikit sikit nak bagi suami makan. Pastu kalau ada baju kotor kutip masukkan dalam mesin, basuh. Eh kita dah ada mesin basuh. Weeeeeee. Pastu kalau suami dah selamat bertapa dalam bilik kerja dia, kita sapu sapu rumah sikit. Sambil menyapu sambil membebel. Hahah perempuan sangat aku ni. Masuk bilik pun membebel lagi sebab baju keliling bakul, tak masuk bakul baju kotor tu. Keje sape lagi kannn. Hahha. Haish sabar je la. Membebel kang dia buat derk je, kalau kita diam je marah dalam hati mula la tak keruan hahahha. Macam tu la selalu. Terbebel kat sini pulak hahha.

Balik cerita nak adjust tido. Lepas makan semalam kemas dapur, duduk kejap pastu rasa dah settle semua nak la masuk bilik.

"B, good night. Nak tido dah"
"Eh nak tido dah? Meh la sini dulu, teman tengok movie"

Amboi. Dh tu mampu nak tido? Yelaa kita teman la tengok movie. Baring depan tv, movie pun start. Acah acah movie tu baru je intro masuk sikit je, kita dengar orang sebelah berdengkur. Hahhahahaha. Ni apa kes la. Movie tu ubat bagi ngantuk je kot dia tu. Hahhaha. Last last kita heret tido dalam bilik. Kan senang. Bini nak tido ajak teman tengok tv, sudahnya dia jalan dulu. Hihi. Malam ni nak ajak tengok movie awal sikit la, kul 9 movie dah start, agak agak 9.10 minit tu dah lena la kot. Eh? Hahha.

Tambah pulak sekarang ni asal malam je hujan. Mendorong betul. Iskk.

Nahh. Sekarang nak tido sebab keje half day je tadi gi check up. Hihihi. Belanja gambar dinner semalam satu!

Daaa =)

No comments: