Sunday, 8 March 2015

8 bulan

Eceh. Tadi ada orang tu balik dari main bola je terus suruh isteri bersiap. Kata nak keluar jalan. Isteri pun kalut la masak dulu, makan lepas tu mandi konon2 nak bersiap la. Sekali tengok suami dah tergolek tido siap berdengkur. *tepuk dahi* Tak sampai hati nak kejut, bia la dia tido, tau dia penat. Siang malam kerja kot. Busy nauu. Huhu

Maka sementara ambik mood nak lenyek pisang buat cekodok japgi ni, update blog la kejap. Mihmih. Banyak dah pending story tapi takpe kita update yang current dulu. Gittuuuu.

Weeee. Hari ni genap 32 minggu kita pregnant which is 8 bulan dah. Hewhew. Tinggal lagi sebulan plus je aye nak meletup. Tak sabar plus takut bahaha. Tak sabar tu sebab sekarang baring serba tak kena rasa sesak je napas. Kahkah. Perut besar.

Semalam sakan la gi borong barang baby dekat mom & baby expo kat IDCC Shah Alam. Suami la beria ajak pergi. Katanya kali ni kita pergi mesti beli semua, complete, sebab tak mau dah japgi tertinggal itu ini. Tapi ramai gila manusia. Masing masing borong barang baby tak hengat duniaa. Kita pulak jenis tak boleh betul sesak sesak ni mula la rasa nak marah orang. Orang block jalan pun i is bengang, yang berenti tiba tiba masa tengah jalan pun rasa nak sepak kaki dorang. Bahahha. Nama pun expo kot, biasa la bersesak sikit. Suami pulak asyik la hilang. Kahkah. Sebabnya? Dia jalan depan, pastu japgi kang kita singgah kedai ni dia dah menonong ke depan pastu mula la terjengah jengah cari bini. Hahha pastu pesan 'jangan hilang lagi boleh takkk??' Amboii. Dah dia laju laju nak gi mana tah.

Alhamdulillah, rasa barang dah cukup kot. Lagipun family kat Terengganu tu especially in laws sibuk jugak nak belikan itu ini. So kita biarkan dia beli. Suami lagi suka. 'Umi beli je la semuaaa' anak bertuah sangat laki kita tu iskk. Tak malu betul. Tak padan nak jadi bapak. Hahah. Mertua kita memang excited. Semua dorang nak beli. Tilam la apa la. Excited la tu nak bercucu. Hari hari call tanya barang apa belum beli. Runsing mak. Siap tolong usha hospital lagi weh, menantu ni nak deliver kat mana. Alahaii alahaii. Syukur sangat dapat family baik baik macam tu. Hikhik. Kita pulak segan.

Suami pulak sekarang tengah sibuk usha stroller. Dia ajak beli dekat expo semalam je. Kita cakap hold dulu la lagipun babg bukan terus keluar nak duk atas stroller kot. Tapi dia beria. Last last kita heret dia bawak tunjuk stroller Quinny, hahha terus lari. Mahal weh rupanya benda alah tu. Yang kita tengok semalam harga RM2399. Takpe la nak, mak ngan apak awak dulu time baby baby takde naik stroller bagai. Mak rela kendong awak, 2399 tu mak buat downpayment kete baru ye. Hahahhahahah. Sebab kat expo sana tu kita dah banned niat dia nak beli stroller, dia boleh sambung usha stroller online pulak. Biarkann saja laa. Huahua. Lepas tu duk kalut jugak sebab Pebble ada keluarkan jam baru. Mesti dah confuse nak beli stroller anak ke jam Pebble baru tu. Hahahha. Siapla kalau kita tengok ada jam baru pulak.

Kat expo semalam pun dia belikan kita breast pump. Kita tengok sebelah mata je sebenarnya, sebab takut beli kang tak guna. Hahah. Cakap ngan dia kot la nak bagi susu formula ke bila dah masuk kerja balik nanti. Tapi dia tak bagi pulak. Kesian anak katanya. Pump la bagi breast milk selagi boleh. Huahua. Harapnya dipermudahkan la niat kita tu nak bagi breast milk selagi boleh. Insha Allah.

Sampai tersenget senget bahu angkat barang. Hahha. Worth jugak membeli masa expo sebab macam one stop centre kan, segala kelengkapan ada. Yang kita tak list kan nak beli pun kita beli. Bahahha. Itu masalah la pulak haha. Murah pun murah. Tapi bersesak sikit la. Huhu. Overall rasanya kita laki bini dah ready la kot dari segi barang barang ni. Hihi. Eh hospital beg belum ready lagi, malam ni la ajak suami cari beg baju RM15 dekat downtown. Kahkah.

Sekian update 8 bulan. Hihi! Bye =)

**pic semalam. Muka letih hahhaha

No comments: